BRISBANE (Australia): Kim Clijsters berkata dia kini berharap dapat melakarkan kemenangan dalam beberapa lagi perlawanan selepas menundukkan pemain Romania, Simona Halep pada pusingan pertama kejohanan Antarabangsa Brisbane.
Kim sebelum ini memenangi perlawanan pembukaan musim di Brisbane pada 2010 apabila menewaskan Justine Henin dalam satu perlawanan klasik, membelasah lawan pada set pertama untuk menang 6-1, 6-4.
Pemain berusia 28 tahun dari Belgium itu berusaha untuk mempertahankan gelaran Terbuka Australia lewat bulan ini bagaimanapun mengakui bahawa dia akan berdepan dengan sedikit masalah selepas terpaksa berehat selama tujuh bulan tahun lalu kerana dibelenggu kecederaan.
“Amat penting buat saya untuk kembali mendapatkan rentak seperti itu dalam perlawanan,” katanya.
“Agak sukar untuk saya kembali mendapatkan rentak itu dalam perlawanan dua hari berturut-turut.
“Saya suka apabila mendapat peluang di sini. Namun jika ia tidak berlaku mungkin lebih baik jika dapat mencapainya.” Kim gembira dengan aksi yang dipamerkan ketika mencatatkan kemenangan ke atas Simona, pemain yang menduduki ranking ke-47 dan mara ke pusingan ketiga Terbuka Australia, tahun lalu.
“Ia satu permulaan yang baik untuk perlawanan pertama,” katanya.
“Di set kedua terdapat beberapa kesalahan yang memerlukan saya untuk lebih fokus pada perlawanan seterusnya namun secara keseluruhannya saya mereka gembira. Saya rasa saya bermain dengan agresif jadi saya berpuas hati dengannya.” Terdahulu juara Terbuka Perancis, Francesca Schiavone mencatatkan kemenangan mudah untuk mara ke pusingan kedua apabila lawannya dari Kazakhstan, Ksenia Pervak menarik diri ketika kedudukan terikat 4-4 di set pertama kerana sakit kepala.
Dalam satu lagi perlawanan Iveta Benesova menewaskan rakan senegara dari Republik Czech Lucie Safarova 2-6, 7-5, 7-5 manakala pemain Serbia, Bojana Jovanovski menundukkan pemain tuan rumah, Casey Dellacqua 6-4, 6-2. - AFP
sumber :: Harian Metro 02/01/2012
No comments:
Post a Comment