Friday 20 December 2013

(Kisah Bidadari Syurga) dalam Minggu 5 Pencetus Ummah

PU Rahmat sangat bertenaga, corak penyampaiannya menusuk kalbu


Kini program pencarian pendakwah terulung di Malaysia, Pencetus Ummah sudah mencapai minggu kelima, pelbagai usaha dan cabaran sudah dilalui oleh mereka. Kini tinggal 7 peserta yang bakal berentap bagi penentuan tempat terbaik menjelang peringkat akhir yang bakal berlangsung sekitar Januari ini. Pada minggu ini, dengan bertemakan KISAH BIDADARI SYURGA, para peserta haruslah lebih kreatif mentafsir dan mengolah menjadi indah sebuah cerita lantas berdakwah dengan hujah yang kuat dengan menggunakan tema yang diberikan. Pada hari ini juga menyaksikan PU Thowi telah tersingkir pada malam ini iaitu pada pembukaan program ini.

PU Shahul tampil dengan corak persembahan berbeza
Alhamdulillah, saya masih berpeluang dari minggu pertama hingga kini melihat prestasi dan peerjuagan mereka yang menyertai program Pencetus Ummah ini, dapat dilihat minggu kelima ini menampakkan kematangan dan variasi idea serta corak persembahan yang ditonjolkan oleh setiap peserta seperti PU Shahul yang lebih menampakkan kelainan, begitu juga dengan peserta lain yang tidak kurang hebatnya.
 
Ustaz Izhar sebagai juri jemputan
Akan tetapi, kita sedia maklum, pada penghujung program tersebut akan diumumkan 3 peserta yang mendapat markah terendah setiap minggu akan berdepan dengan penyingkiran. 3 peserta yang mendapat markah terendah pada minggu ini adalah PU Sufian, PU Hafiz dan PU Fakhrul dan jika dilihat juga ketiga-tiga calon ini pernah menduduki 3 yang terendah lebih dari sekali sepanjang program ini iaitu sekitar 2-3 kali. Jadi, semuanya berbalik kepada undian penonton diluar yang menonton. Dengan undian tersebut akan menyelamatkan 2 orang daripada mereka untuk terus berjuang di pentas Pencetus Ummah. Dengan tema KISAH BIDADARI SYURGA, ini adalah peserta dengan tajuk yang diberikan ;

1.       PU SHAHUL – SITI ZULAIKHA
2.      PU FAKHRUL – HALIMAH AS SA’ADAH
3.      PU SALMAN – ASIAH ISTERI FIRAUN
4.      PU YEOP – SAIDATINA KHADIJAH
5.      PU RAHMAT – KISAH MASHITAH
6.      PU SUFIAN – KISAH MARYAM
7.      PU HAFIZ – KISAH RATU BALQIS

3 peserta yang mendapat markah terendah dan memerlukan undian penonton adalah ;
1.       PU SUFIAN
2.      PU FAKHRUL
3.      PU HAFIZ
 
3 peserta mendapat markah terendah
Anda sebagai penonton boleh mengundi di www.pencetusummah.com.my dan selamat membuat pilihan yang tepat dan terbaik. Selamat mengundi.

1 comment:

  1. Jemput lah dtg ke blog saya juga.. http://adf.ly/bC0TQ

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...