Siti bakal muncul dengan album pop terbaru |
Setelah kali terakhir menghasilkan
album penuh, All Your Love sekitar tahun 2011, kini perancangan terbaru
pelantun lagu BIARLAH RAHSIA ini sudah bersiap sedia untuk memasuki studio
untuk merakamkan lagu bagi album terbaru beliau yang berkonsepkan POP. Kali
terakhir album POP dikeluarkan oleh penyanyi terkenal, Dato’ Siti Nurhaliza ini
adalah pada tahun 2007 menerusi album HADIAH DARIPADA HATI
Ditanya kepada Dato’ Siti ketika
sidang media Konsert Siti Nurhaliza LIVE in KLCC kelmarin, Siti kini dalam
persediaan untuk memasuki semula ke studio rakaman dan masih dalam proses
memilih lagu-lagu yang sesuai daripada komposer-komposer yang hebat. Siti
mahukan album yang dinantikan ini seperti album Transkripsi, iaitu salah sebuah
album terbaik dari Siti yang dikira kesemua lagu terkandung dalam album tersebut
meletop. Siti juga kelihatan gembira kerana kemungkinan bakal bekerjasama
dengan komposer yang baru dan hebat yang juga pernah mewarnai album beliau
sebelum ini.
“ Melalui album ini juga, insyaAllah
akan ada lagu dari ciptaan Melly Goeslaw dan Siti juga turut menantikan
bekerjasama dan mendapatkan sentuhan daripada Adi 6ixth Sense dan juga Awi
Rafael” , jelas Siti. Album ini juga bakal menampilkan sekitar 10 buah lagu
dimana garapannya dari komposer tempatan dan luar.
Tambahan lagi, kepada peminat yang
menantikan CD/DVD bagi Konsert Lentera Timur yang diadakan pada September 2013
yang lalu, album tersebut akan dikeluarkan secara audio terlebih dahulu sekitar
penghujung Januari ini manakala DVD akan dikeluarkan tidak lama lagi. Siti juga
memasang impian juga untuk merakam konsert ini. Konsert Dato’ Siti Nurhaliza
LIVE in KLCC yang diadakan pada 7 & 8 Februari depan yang bertujuan mahu
mengutip dana kebajikan bagi mereka yang memerlukan.
No comments:
Post a Comment