Saturday, 18 January 2014

Laluan Sukar Siti Nurhaliza?




Nama Siti Nurhaliza seakan semakin kukuh dek kerana kekuatan peminatnya yang mempunyai semangat yang utuh menyokong kerjaya seni beliau yang kini sudah melebihi 17 tahun. Berita terbaru yang diperoleh oleh DL, penyanyi yang kini sedang aktif menyiapkan persiapan konsert amal, Konsert Siti Nurhaliza LIVE in KLCC dan bakal muncul dengan album pop terbaru pada tahun ini tercalon bagi 4 kategori dan juga muncul dengan 2 pencalonan bagi kategori Lagu MeleTOP dalam Anugerah MeleTOP Era yang dijadualkan berlangsung pada 8 Februari 2014 jam 9 malam.

Penyanyi yang meleTOP dengan lagu LEBIH INDAH ini ‘menawan’ 4 kategori pada pencalonan kali iaitu LAGU MELETOP, BINTANG SIBER MELETOP, DUO MELETOP & PENYANYI MELETOP. Lebih menarik, dalam kategori LAGU MELETOP beliau tercalon menerusi 2 buah lagu hits beliau iaitu Galau dan Muara Hati duet bersama Hafiz yang juga lagu ini pernah mengungguli Lagu Serantau Paling Popular di APM yang lalu. Menerusi kategori ini, Siti ditentang hebat oleh Hafiz menerusi Bahagiamu Deritaku, Zizan feat Kaka (Infiniti Cinta) dan Kita dari kumpulan Forteen.



KATEGORI PENYANYI MELETOP :
AKIM – DATO’ SITI NURHALIZA – HAFIZ – NAJWA LATIF – STACY

KATEGORI DUO MELETOP :
DATO’ AC MIZAL & MAWI – FORTEEN – HAFIZ & DATO’ SITI NURHALIZA – NAJWA LATIF feat SLEEQ & SHAM KAMARUL – ZIZAN & KAKA

KATEGORI BINTANG SIBER MELETOP :
AARON AZIZ – DATO’ SITI NURHALIZA – EMMA MAEMBONG – NAJWA LATIF – ZIZAN RAZAK



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...