Monday, 27 January 2014

Wawrinka Pamer Aksi Hebat, Tewaskan Nadal di Final Terbuka Australia



Kini sudah berlabuh tirai kejohanan Grand Slam pembuka tirai 2014 iaitu Terbuka Australia yang menyaksikan Li Na daripada China dan pemain Switzerland, Stanislas Wawrinka muncul sebagai pemenang bagi kategori yang dipertandingkan. Li Na, pemain senior berjaya menewaskan pemain Slovakia, Dominica Cibulkova dengan keputusan straight set 7-6 6-0 pada Sabtu lalu, manakala Stanislas Wawrinka menewaskan pemain No.1 dunia, Rafael Nadal dengan 4 set 6-3 6-2 3-6 6-3 pada aksi sebelah malam semalam.



Stan mempamerkan aksi yang sangat bertenaga pada set pertama dan menyambung kemaraan beliau pada set kedua, akan tetapi Nadal seakan menafikan kemahuan kemenangan straight set Stanislas untuk set ketiga. Nadal mula bangkit pada set ketiga dengan kemenangan 6-3 akan tetapi tewas pada set keempat dengan keputusan 3-6. Stan menunjukkan beliau seakan dahagakan kemenangan Grand Slam yang belum pernah dimenangi oleh beliau dalam kariernya.



Dengan kemenangan tersebut, Stanislas menjadi pemain lelaki pertama menewaskan pemain pilihan pertama & kedua kejohanan Grand Slam iaitu Rafael Nadal & Novak Djokovic sejak kali terakhir dilakukan oleh Sergi Bruguera di Roland Garros pada tahun 1993. Kini, pemain pilihan ke-8 tersebut sekaligus melonjak naik kedudukan beliau ke nombor 3 dunia pada hari Isnin ini selepas kejohanan ini. Kejohanan ini memperlihat hadiah yang bakal dibawa pulang semakin bertambah dan pada tahun ini banyak kejutan yang berlaku apabila suhu yang sangat panas serta kejutan pemain pilihan tersingkir lebih awal seperti Serena Williams, Maria Sharapova, Novak Djokovic, Andy Murray, Victoria Azarenka dan beberapa nama lain yang juga pernah mewarnai pentas akhir Terbuka Australia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...