Empayar jenama terkenal, SimplySiti
yang diusahakan oleh penyanyi tersohor, Dato’ Siti Nurhaliza kian berkembang.
Kini jenama tersebut mengukuhkan lagi empayarnya dengan menampilkan buah tangan
terbaru SimplySiti Sweet Dreams Fragrance Mist.
“Saya sudah bersedia dengan soalan
ini”, kata Siti sambil tersenyum tatkala ditanya prihal produk terbaru miliknya
iaitu Fragrance Mist yang dilancarkan pada Isnin lalu persis produk body mist dari satu jenama antarabangsa.
Siti tampak yakin dengan senyuman lantas menafikan bahawa produk tersebut
sama dengan mana-mana produk lain. Bagi beliau dan juga SimplySiti, produk terbaru
ini dikatakan produk istimewa kerana hadir dengan edisi terhad dimana ianya
hadir dengan 6 haruman yang sangat istimewa dan menjadi pilihan Siti sendiri.
Siti menambah, ianya sangat berbeza dengan jenama tersebut kerana SimplySiti
tampil dengan wangian yang berbeza, harga juga berbeza serta saiz/kuantiti yang
juga berbeza.
Tambahan lagi, pemilihan warna dari
kelompok pastel adalah pilihannya sendiri termasuk juga pilihan aroma yang
digunakan dalam penghasilan Sweet Dreams Fragrance Mist ini. Sweet Dreams, satu
rangkaian inovasi wangian yang boleh disesuaikan dengan pelbagai personaliti.
Wangian edisi terhad itu hadir dengan 6 haruman iaitu Fresh Ocean, Wild
Berries, Musky Peach, Exotic Violet, Tropical Bouquet dan Sugar Blossom dengan
harga mampu milik, RM16.90.
Dalam perkembangan lain, kini Siti
sedang sibuk dengan persiapan untuk memasuki ke studio bagi merakamkan album
pop terbaru beliau selain juga akan menumpukan kepada Konsert Siti Nurhaliza
LIVE in KLCC yang dijadualkan bakal berlangsung pada 7 & 8 Februari 2014 di
Plenary Hall, KLCC dimana semua hasil jualan tiket konsert amal ini akan
disalurkan ke Yayasan Nurjiwa bagi tujuan kebajikan. Siti juga mensasarkan
lebih RM1 juta kutipan menerusi konsert ini bagi kedua-dua hari tersebut. Tiket
akan mula dijual pada 13 Januari 2014 ini bermula dengan harga RM88 sehingga
RM800.
No comments:
Post a Comment