PU Fakhrul & PU Salman tidak bernasib baik mara ke final
|
Minggu Ketujuh iaitu Minggu Separuh
Akhir Mimbar Pencetus Ummah malam semalam berjalan dengan lancar dengan
kejutan, debaran dan cabaran yang diberikan kian mencabar para peserta. Menampilkan
2 tema yang berbeza iaitu KISAH NABI serta segmen duo/duet dengan pasangan
pilihan bertemakan KISAH ALAM, garapan sempurna semakin ditonjolkan pada minggu
ini. Tajuk tugasan yang diberikan kepada peserta pada minggu 7 ini adalah ;
PU Shahul antara peserta terbaik |
PU HAFIZ – KISAH NABI NUH A.S
PU FAKHRUL – KISAH NABI ISA A.S
PU SALMAN – KISAH NABI YUSUF A.S
PU SHAHUL – KISAH NABI IBRAHIM A.S
PU RAHMAT – KISAH NABI MUSA A.S
PU YEOP – KISAH NABI LUT A.S
PU Fakhrul & PU Rahmat tampil dengan tajuk ALAM DUNIA |
Kategori Berpasangan :
PU FAKHRUL & PU RAHMAT – ALAM DUNIA
PU HAFIZ & PU YEOP – ALAM BARZAKH
PU SHAHUL & PU SALMAN – ALAM AKHIRAT
Jelas dilihat, setiap peserta memamg
menunjukkan lebih 100% tahap keyakinan dan penentuan peserta yang layak ke
final minggu hadapan adalah sangat sukar. 70% markah ditentukan oleh para juri
pada malam tersebut iaitu Ustaz Kazim Elias, Hajjah Habsah Omar dan Ustaz
Haslin. Pada permulaan minggu 7 semalam, pihak Mimbar Pencetus Ummah juga
mengumumkan senarai peserta yang mendapat markah tertinggi ;
PU Hafiz & PU Yeop tampil dengan ALAM BARZAKH |
1. PU RAHMAT
2. PU YEOP
3. PU SHAHUL
4. PU HAFIZ
5. PU FAKHRUL
6. PU SALMAN
Malam semalam juga diserikan dengan
kehadiran Fahrin Ahmad di pentas, dan kelihatan juga beberapa selebriti yang
turut hadir seperti Raja Azura, Ashraf Muslim, Arash Mohamad dan ramai lagi. Daripada
6 peserta, 4 sahaja yang bakal dibawa ke pentas final minggu depan, setelah
undian ditutup selepas berakhirnya pusingan pertama, semua markah dikira dan
dikenalpasti 4 peserta yang bakal berentap di pusingan akhir minggu hadapan
sekaligus menampilkan ;
1. PU SHAHUL
2. PU RAHMAT
3. PU HAFIZ
4. PU YEOP
PU Salman & PU Shahul tampil dengan tajuk ALAM AKHIRAT |
Setelah
diumumkan, sekaligus 2 peserta yang mendapat undian terendah iaitu PU FAKHRUL
dan PU SALMAN tidak bernasib baik untuk meneruskan perjuangan hingga ke pentas
akhir. Akan tetapi DL dapat lihat, mereka juga adalah juara dan tetap yang
terbaik dalam Mimbar Pencetus Ummah. Semoga tazkirah dan dakwah mereka tidak
terhenti disini, insyaAllah peluang akan terbuka luas akan datang. Apakah tugasan
yang bakal digalas oleh 4 finalis Pencetus Ummah pada minggu hadapan? Siapakah yang
bakal dinobatkan sebagai Juara Pencetus Ummah musim ini? Nantikan pada 9
Januari 2014 nanti.
Juri pada Mimbar Pencetus Ummah semalam
kredit gambar : laman rasmi Pencetus Ummah. Boleh ke link www.pencetusummah.com.my
|
No comments:
Post a Comment