Langkah beliau menuju ke pentas
Mister Planet 2014 di Filipina pada tahun ini hanya ada kurang dari 8 bulan lagi.
Kini nama seorang jejaka kelahiran Kedah yang memenangi Mister Planet Malaysia
2013/2014 sedang diperhatikan oleh ramai pihak. Beliau kini sedang gigih dan
sibuk dengan kerja amal yang dianjurkan oleh penganjur melihat beliau perlu
lebih serius dan fokus dalam segala aspek yang diaturkan oleh pihaknya untuk
mendapatkan hasil yang terbaik pada majlis gilang gemilang di Manila, Filipina
tidak lama lagi.
Tambah beliau lagi, kini beliau perlu
menurunkan sekitar 8KG dan sedang gigih mencapai target yang disasarkan oleh
pihak mereka. Ini disebabkan, dengan berat yang ideal dan tampak menarik, ia
bukan sahaja mencerminkan keyakinan pada diri kita sekaligus pemilik nama
Eizaaz Farez ini kelihatan tenang dan menawan bagi slot pakaian renang nanti.
“Saya juga akan memperagakan lebih
dari 7 rekaan fesyen busana Malaysia pada pertandingan itu nanti iaitu bagi
slot fashion catwalk" , katanya. Selain mahu tampil dengan penuh yakin dengan
sentuhan busana yang indah dalam pertandingan tersebut, jejaka tinggi lampai
ini juga mendapatkan pelbagai latihan dari jurulatih dari segi pemakanan,
senaman dan cara percakapan untuk memasktikan beliau bersedia untuk bertanding
di peringkat dunia itu nanti.
No comments:
Post a Comment