Wednesday, 15 January 2014

(PART 1) "Setiap Gambar Beri 1000 Makna" - Azizie




Tembakan’ terbaik dengan olahan gambar menarik pada sudut helaian setiap gambar dengan rasa ‘denyutan’ cerita pada setiap foto, tidak hairanlah anak muda kelahiran Taiping, Perak dan dibesarkan di Pulau Pinang ni antara jurufoto yang kini mendapat perhatian. Walaupun masih ‘hijau’ iaitu sekitar 3 tahun dalam bidang fotografi, jejaka yang berusia 25 tahun ini keluar dari zon selesa beliau untuk memecahkan tembok bagi menjadi salah seorang jurufoto terbaik impiannya.

Alhamdulilah, pihak DL berjaya mendapatkan beliau, seorang anak muda kecil molek bagi sesi wawancara keluaran kali ini ;

1.       Apakah yang memberikan kepuasan kepada anda sepanjang menjadi seorang jurugambar?

-          Setiap gambar yang saya tangkap memberi seribu makna, kepuasan untuk diri sendiri serta untuk pelanggan amat saya titik beratkan. Setiap gambar mempunyai ceritanya yang tersendiri.

2.      Apakah aliran atau genre bidang anda? Adakah pakej anda tertumpu kepada gambar perkahwinan? Boleh terangkan?

-          Bidang saya tertumpu kepada gambar perkahwinan serta portrait. Minat yang mendalam didalam bidang ini kerana bagi saya setiap gambar yang saya tangkap mempunyai cerita setiap pasangan yang melangsungkan perkahwinan mereka.


3.      Pendapat anda, jaminan anda dalam bidang ini untuk masa depan?

-        Tidak ada yang mustahil didalam bidang ini boleh menjadi jutawan jika kena pada caranya. Akan tetapi harus mendalami aliran yang mahu diceburi, belajar dari orang yang terdahulu terlebih dahulu. Bagi saya, didalam bidang ini mendapat sumber pendapatan yang cepat.

4.      Apakah pakej yang disediakan oleh anda dalam perniagaan ini ( sebagai jurugambar )
 
-          Pakej yang saya tawarkan seperti Perkahwinan, Pertunangan, Majlis keramaian, Majlis korporat, Akikah dan lain-lain.
Nantikan sambungannya dalam PART 2 akan datang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...