Saturday, 11 January 2014

AQVA AMARA dari Bvlgari




Anda jejaka yang maskulin? Masih mencari haruman terkini yang mewakili diri anda yang hangat dan tampil lebih maskulin? Kini semuanya bakal terjawab dengan penampilan terbaru dari koleksi Aqva dari Bvlgari iaitu sentuhan terbaru dalam penciptaan minyak wangi akuatik. Haruman terbaru ini jugak menzahirkan komposisi dengan pemilihan bahan terbaik lantas menjadikannya lebih mewah pada masa yang sama mengekalkan watak akuatik dan Mediterranean yang tersendiri.


Aqva Amara atau “Bitter Water” adalah satu haruman yang penuh dengan cahaya dan tenaga yang diterjemahkan melalui warna pada botol yang berona tembaga. Pemilihan wajah kepada haruman ini iaitu model terkenal, Jon Kortarajarena juga adalah satu percaturan yang tepat kerana pembawakan diri beliau yang sangat kukuh. Haruman keluaran Bvlgari ini turut tampil 50ml dan 100ml dalam bentuk EDT. Aqva Amara akan dilancarkan pada tahun 2014.

TOP NOTE : SICILLIAN MANDARIN

HEART NOTE : NEROLI

BASE NOTES : INDONESIAN PATCHOULI LEAF & OLIBANUM
Sumber : fragrantica.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...