Thursday, 7 August 2014

10 Ribu Sasaran 'DIA BUKAN ARISSA'




Setelah tampil dengan DIA BUKAN ARISSA dan karya AKULAH SI JELITA sudah memasuki pasaran, penulis muda ini nampaknya tidak mahu meletakkan dirinya di zon yang selesa, khabarnya kini beliau masih dan mahu bergerak aktif membina plot terbaik untuk karya seterusnya akan datang. “Saya masih mahu mengekalkan genre romantik dan berkonsepkan cinta, mungkin kena dengan jiwa saya. Mahu lari dari kebiasaan itu boleh, tapi perlukan persediaan yang sepenuhnya dahulu”, jawabnya.

Berita baik yang kami dapat prihal karya tersebut, jutaan tahniah diucapkan buat Syaida Ilmuna, penulis berbakat ini khabarnya karya DIA BUKAN ARISSA tersenarai dalam TOP10 Best Seller dan novel ini sudah mencecah 10 ribu unit terjual. Satu pencapaian yang sangat baik bagi gadis ini kerana DIA BUKAN ARISSA adalah sentuhan sulung beliau dalam bidang ini. “Alhamdulillah, walaupun kurang dari setahun berada di pasaran, DIA BUKAN ARISSA disambut baik oleh pembaca dan saya berharap AKULAH SI JELITA juga dapat mengikut jejak langkah DIA BUKAN ARISSA juga”, tambah beliau.
 
AKULAH SI JELITA baru seminggu masuki pasaran
Pada perkembangan lain, dengan kesibukan menyiapkan karya yang bermutu dan terkini, beliau memerlukan persediaan yang sangat rapi agar karya tersebut akan lebih baik dan mengharapkan karya terbaru tersebut dapat dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa pada tahun hadapan. Bukan itu sahaja, DIA BUKAN ARISSA juga tampil dengan edisi hari raya iaitu DIA BUKAN ARISSA RAYA dan pembaca boleh membacanya di ilham.karangkraf.com.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...