KREDIT : ZIMBIO.COM |
Lebih kurang seminggu sahaja lagi,
kejohanan Grand Slam terakhir iaitu Terbuka Amerika Syarikat bakal berlangsung.
Kejohanan GS adalah kejohanan utama yang menjadi tumpuan rata-rata pemain dan
penonton seluruh dunia. Berita yang baru diterima, pemain pilihan, Rafael Nadal
tidak dapat bermain di Terbuka Amerika Syarikat atas faktor kecederaan yang
dialaminya dan sekaligus memberi peluang terbuka kepada beberapa nama lain
seperti Roger Federer, Novak Djokovic dan Andy Murray untuk memenangi kejohanan
ini.
Dengan ketiadaan Nadal, Federer secara
langsung diletakkan sebagai pilihan kedua dimana Federer tidak akan bertemu
dengan pilihan pertama, Novak Djokovic hingga final. Kemungkinan besar pada
tahun ini menyaksikan pertemuan Federer-Djokovic pada aksi final jika mereka
mampu menewaskan lawan masing-masing sebelum melangkah ke final.
No comments:
Post a Comment