Maria tidak pernah tewas dalam fesyen di luar gelanggang. Kredit : www.vettri.com |
Menjadi tumpuan dunia, lensa kamera
serta dunia fesyen, tidak hairanlah kelibat pemain tenis terkenal dunia, Maria
Sharapova menjadi pilihan jenama terkenal antarabangsa sekaligus menobatkan
beliau ATLET WANITA MENERIMA PENDAPATAN PALING TINGGI DUNIA dari Forbes buat kali ke-10
BERTURUT-TURUT antara pertengahan 2013 sehingga 2014.
Pemain tenis Rusia berumur 27 tahun
tersebut berjaya memperoleh sekitar $24.4 juta (bersamaan sekitar RM77.6 juta)
menerusi pelbagai bentuk tajaan dan hadiah kemenangan beliau dalam sukan tenis.
Dari jumlah keseluruhan wang yang dimiliki pada tempoh tersebut, beliau hanya
memperoleh sekitar $2.4 juta (bersamaan RM7.6juta) menerusi hadiah kemenangan
dan selebihnya (sekitar RM70juta pula menerusi pelbagai sokongan dan tajaan.
sumber AVON. Maria tampil dengan AVON LUCK |
Jelitawan dunia ini amat sinonim dan kini menjadi wajah dan duta bagi jenama terkenal dunia seperti NIKE, pembuat jam tangan mewah TAG HEUER dan pembuat kereta terkenal dunia PORSCHE. Selain jenama tersebut juga, Maria juga pernah bersama dengan pelbagai jenama terbesar seperti COLE HAAN, HEAD dan terkini bersama AVON menerusi haruman terbaru dipanggil AVON LUCK.
Selain Maria, bintang tenis ternama
lain seperti Li Na, Serena Williams, Ana Ivanovic, Caroline Wozniacki,
Agnieszka Radwanska, Victoria Azarenka juga antara pemain tenis tersenarai
dalam TOP10 bersama Sharapova serta Kim Yuna, Danica Patrick dan Paula Creamer.
FORBES sumber
Kekayaan SHARAPOVA tersebut bukan hanya dari Tenis, tapi juga diluar Tenis,,,,,, Jika berbicara dari kekayaan berdasarkan pendapatan dari hadiah tenis maka SHARAPOVA masih kalah jauh dibanding SERENA W....... 1). SERENA WILLIAMS = $56,430,389....... 2). MARIA SHARAPOVA = $30,593,935.... ... 3). VENUS WILLIAMS = $29,981,575 .....................sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/WTA_Tour_records
ReplyDelete