AVON antara jenama yang sangat
terkenal di dunia yang menampilkan pelbagai jenis barangan istimewa termasuklah
haruman yang sering mendapat perhatian. Bermula edisi pertama FAR AWAY pada
tahun 1994 dan diangkat #1 best-selling fragrance seluruh dunia untuk beberapa
tahun kini FAR AWAY pada tahun 2014 tampil dengan haruman terbaru yang dilihat
lebih serba mewah bagi meraikan ulangtahun ke-20.
FAR AWAY GOLD tampil 50ml EDP dengan
perician hitam dan emas pada reka bentuk botol tersebut akan tetapi masih
mengekalkan ciri FAR AWAY yang asal. Menurut FRAGRANTICA, FAR AWAY GOLD secara
rasmi sudah dipasarkan di sekitar UK dan beberapa negara di Eropah dan bakal ke
US sekitar hujung tahun ini.
Haruman ini tampak sweet and creamy touch dengan
menggunakan Ylang-Ylang dari Pulau Comoros, Jasmine dari India dan Vanila dari
Madagascar.
Sumber : Fragrantica.com
No comments:
Post a Comment