Saturday 1 March 2014

Empayar Mad About Cake (M.A.C) Semakin Kukuh


Ribuan kek sudah mendapat sentuhannya, begitu juga dengan kepelbagaian jenis roti sudah menjadi kemahiran beliau. Kini nama Wan Noor Zamran Hashim atau mesra dikenali dengan panggilan Chef Wan Noor seakan sedang menawan dan mengukir satu nama yang sangat kukuh di Malaysia. Selain menjadi tenaga pengajar di sebuah institusi pengajian, Food Institute of Malaysia di Kelana Jaya, jejaka tampan ini juga mempunyai sebuah empayar studio kek sendiri yang telah dibina lebih dari 5 tahun.

Dengan kepakaran dalam dunia penciptaan dan dekorasi kek pelbagai reka  bentuk ini, beliau kini seakan kukuh dalam liga sendiri dan sangat berbangga dengan berdirinya empayar, MAD ABOUT CAKE yang beliau bangunkan di Kelana Jaya bersama seorang chef muda yang juga mempunyai kepakaran dalam bidang yang sama iaitu Chef Zam Akmal.
 
bersama tulang belakang bagi Mad About Cake
Selain menjadikan kek sebagai ‘sentuhan ulung’ beliau di Mad About Cake, anak jati negeri Perak ini juga menjadikan Ramadan dan Syawal tampak lebih meriah dengan sentuhan pelbagai jenis biskut dari koleksi Mad About Cake yang sudah menjangkau 15 jenis biskut. Pada masa yang sama juga, beliau turut menghasilkan pelbagai jenis hamper pada majlis tertentu terutama tatkala musim perayaan atas permintaan pelanggan seluruh Malaysia. 



Kini sentuhan beliau dan empayarnya sudah ‘merantau’ ke seluruh Malaysia termasuk juga Kota Singa, Singapura. Bukan itu sahaja, karya beliau juga pernah menghiasi pentas perkahwinan beberapa selebriti terkenal seperti pelakon Zahiril Adzim, pelawak terkenal, Nabil Ahmad, Erni Dekritawati dan selebriti lain serta pernah bekerjasama bersama syarikat milik penyanyi terkenal serantau, Siti Nurhaliza iaitu SimplySiti.



Tahniah diucapkan kepada Chef Wan Noor serta tenaga kerja Mad About Cake atas usaha yang sangat cemerlang ini. Semoga kerjaya dan sentuhan empayar ini akan lebih berkembang dan cemerlang lagi pada masa akan datang.

kredit gambar : Mad About Cake

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...