Sunday 2 March 2014

MARIA SHARAPOVA Duta CELCOM FIRST ELITE




Nama pemain tenis sensasi dunia, Maria Sharapova tidak perlu diperkenal lagi. Jelitawan yang memiliki tubuh badan yang cantik, tinggi lampai serta menjadi buruan lensa kamera ini secara rasmi dilantik menjadi duta bagi Celcom First Elite baru-baru ini.
 
Sharapova juga diakui memiliki rupa paras yang sangat cantik
Pemilihan Maria Sharapova dilihat sangatlah tepat dengan profile yang dimiliki oleh beliau iaitu seorang yang stylish, moden, elegant dan sofistikated antara faktor dan karisma utama menggambarkan Celcom First Elite ini. Tambahan lagi, pemain tenis terkemuka ini juga diakui mempunyai personaliti yang sangat menarik, berpengaruh, cantik, mempunyai kelas yang tersendiri dan penuh karisma.
 
Sharapova juga sering tampil di muka depan majalah terkenal dunia.
Kini, pemain tenis Rusia dan pemegang takhta atlet wanita paling kaya dunia/berpendapatan tinggi ini terus mengukuhkan nama beliau dalam arena ini. Selain Celcom First Elite, beliau juga turut menjadi duta bagi PORSCHE, TAG Heuer dan beberapa jenama terkenal dunia yang lain. Selain itu, beliau juga mempunyai koleksi ‘candy’ jenama sendiri yang digelar SUGARPOVA yang juga turut menjana pendapatan beliau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...