Sunday 16 March 2014

'DIA BUKAN ARISSA' Karya Sulung SYAIDA ILMUNA



Minat yang mendalam bermula pada zaman sekolah menengah lagi telah membuatkan beliau kini berada pada landasan yang tepat. Bidang penulisan diceburinya kini dek berjinak-jinak menulis cerpen untuk majalah sekolah, kemudian memasuki pelbagai pertandingan berasakan bahasa termasuklah puisidra, syarahan dan lain lagi, kini beliau berbangga kerana buah tangan pertama beliau yang diusahakan olehnya kini berjaya ‘dilahirkan’. Beliaulah, Syaida Ilmuna – seorang anak muda yang kini berjinak-jinak dan mahu bergiat dengan lebih aktif lagi dalam bidang penulisan. Beliau tampil dengan karya pertamanya, Dia Bukan Arissa.

Dorongan saya sudah tentu keluarga, teman-teman serta guru. Bakal pertama saya kali dicungkil oleh guru sekolah menengah saya dalam bidang puisi lalu dikembangkan dengan bantuan dan dorongan ibu bapa dimana mereka juga mempunyai aliran dan asalnya dari bidang komunikasi” jawabnya dalam sesi wawancara yang lalu.

Tampil dengan Dia Bukan Arissa yang dianggap sangat istimewa keranya ianya adalah karya sulung. Novel ini mengisahkan  dua orang adik beradik kembar yang mempunyai berlainan sikap. Arissa ( kakak ) telah mempergunakan adiknya, Arlisa untuk menyamar sebagai dirinya. Persoalannya, apakah yang dimahukan oleh beliau? Berjayakah penyamaran yang dilakukan? Jangan lupa untuk dapatkan Dia Bukan Arissa di pasaran.
Pada perkembangan lain, beliau kini baru sahaja berjaya menamatkan pengajian  Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) dan bergiat aktif dalam bidang penulisan. “Selain karya sulung tersebut, nantikan juga karya terbaru saya, Lara Jelita yang insyaAllah akan diterbitkan pada tahun ini”.



Tahniah diucapkan kepada penulis yang sedang meningkat naik, Syaida Ilmuna untuk sesi yang dilakukan. Semoga berjaya untuk nukilan, karya yang dihasilkan. Jangan lupa dapatkan DIA BUKAN ARISSA dipasaran..!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...