Sunday 16 March 2014

Ganti ZEN ZYKER, SYAZWI NAZRI ke MISTER GLOBAL 2014 di Thailand



 Kini persediaan sudah mencapai 90% dari pelbagai aspek termasuk penjagaan diri, kesihatan badan, rekaan busana yang perlu digayakan olehnya pada pertandingan tersebut. Sudah tentu pemilik nama, Muhammad Syazwi Nazri sudah bersiap sedia untuk menggalas nama Malaysia untuk dibawa ke Thailand bagi suatu pertandingan yang besar iaitu Mister Global 2014. Mister Global 2014 ini akan diadakan pada 27 Mac 2014 di Thailand.

Segalanya hampir sempurna, semuanya hampir selesai, sekitar lebih 90% kerana waktu yang ada pada saya singkat. Saya akan buat yang terbaik lebih”, katanya pada wawancara bersama Dominasi Lelaki.

Kepada yang sering mengikuti perkembangan peserta dan wakil Malaysia yang akan bertanding mungkin sudah mengetahui bahawa pada asalnya, Zen Zyker akan mewakili bagi kategori ini, akan tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, tempatnya digantikan dengan  seorang wakil yang juga mempunyai karisma yang hebat – Syazwi.

Zen Zyker. Kredit Tozieda
Saya sangat gembira apabila dipilih dan saya akan sahut cabaran dan gunakan peluang ini dengan sebaik mungkin”, tambahnya. Selain Eizaaz tampil dengan rekaan Salikin Sidek dan Adi Waridi, jejaka yang mewakili Negeri Sembilan pada Mister Planet Malaysia ini juga turut menggayakan beberapa helai pakaian yang indah daripada pereka tersohor tersebut. Tegasnya, beliau akan menggunakan sebaik mungkin rekaan dan keistimewaan rekaan yang diberikan kepadanya ( Hulu Balang ) yang direka khas oleh Salikin Sidek.



Pada perkembangan lain, beliau tidak menolak rezeki jika ada yang menawarnya dalam bidang yang berbeza selepas ini seperti lakonan dan akan mengambil peluang tersebut untuk mencabar diri sendiri.  Sasaran saya selepas ini akan terus pada bidang peragaan. Saya sangat sukakan bidang ini”, katanya sebelum akhiri wawancara kami.

DOMINASI LELAKI : Selamat Maju Jaya, semoga dapat buat yang terbaik

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...