Saturday 1 March 2014

(EIZAAZ FAREZ) Tampil Bergaya dengan Rekaan Pereka Fesyen Tersohor di Manila



Perjalanan menuju ke pentas Mister Planet semakin hampir, kini  persediaan dari pelbagai segi sedang rancak diatur supaya wakil dari Malaysia, penyandang Mister Planet MalaysiaEizaaz Farez berada dalam keadaan yang terbaik menuju ke acara kemuncak di Manila, Filipina.

Selain beliau kini bergiat aktif membentuk tubuh badan yang sihat, jejaka tampan ini baru sahaja memperoleh MBA dalam pengajiannya. Pada perkembangan lain, jejaka yang mementingkan tubuh badan yang sihat serta mempunyai hobi bermain tenis ini juga bakal memperagakan beberapa busana indah dan penuh bergaya pada pertandingan tersebut.

Pada pertandingan tersebut,  saya akan memperagakan rekaan daripada beberapa pereka fesyen yang sangat dikenali dan mempunyai sentuhan yang tersendiri. Bagi tuxedo pula, walaupun ianya moden, akan tetapi designer akan selitkan juga dengan sentuhan songket bagi menaikkan seri serta keunikan, keistimewaan  Malaysia”, tambahnya. 


Dikhabarkan, Suit Tuxedo dengan element songket tersebut mendapat sentuhan pereka fesyen tersohor negara, Salikin Sidek yang dianggarkan bernilar hampir RM13,000.
Bagi baju kebangsaan pula, Eizaaz akan menggayakan hasil rekaan Sabri Saad iaitu “Sheeba” yang  menggambarkan Pendekar Melayu Kontemporari. Selain itu, bagi di pentas peragaan pula, jejaka yang sentiasa mengukir senyuman ini akan memperagakan rekaan dari Waridi Hamdan, Akmal Arifin, Fizz Hafiz, Ucop Majukara,  NorAfifi Mohd Taib serta jurulatih beliau sendiri iaitu En. Faizal Oda, Ketua Fesyen dan Stylish dari Kumpulan Media Karangkraf.
 
bersama coach, En, Faizal Oda
Mister Planet 2014 akan diadakan di Manila, Filipina sekitar Ogos 2014 dan beliau akan berada di sana lebih awal bagi mengikuti semua aktiviti yang telah diaturkan oleh pihak pengurusan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...