Tuesday 7 January 2014

Dato' Siti Nurhaliza LIVE in KLCC Buka Tirai 2014




Permulaan yang begitu baik buat penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Siti Nurhaliza apabila menghadiahkan satu konsert khas yang juga boleh dikategorikan berskala besar iaitu Dato’ Siti Nurhaliza LIVE in KLCC – Where the Heart Is sebagai pembuka tirai tahun 2014 ini. Konsert tersebut dijadualkan berlangsung pada 7 & 8 Februari 2014. “ Ini adalah sebuh konsert amal yang dianjurkan oleh Yayasan NurJiwa saya dan suami suami tercinta Dato’ Sri Khalid Mohd Jiwa dan SimplySiti Sdn Bhd serta Siti Nurhaliza Production. Konsert Dato’ Siti Nurhaliza LIVE in KLCC ini akan diadakan di Plenary Hall, KLCC.

Konsert ini bakal menampilkan sisi lain dan penuh gimik oleh pelantun lagu CINDAI ini dimana ianya akan berlangsung selama 2 jam dengan mengetengahkan lagu-lagu hits beliau dan kesemua hasil jualan tiket tersebut akan disalurkan kepada Yayasan NurJiwa bagi tujuan kebajikan.



Yayasan NurJiwa adalah sebuah badan kebajikan yang dimiliki oleh pasangan ini dimana sebuah badan yang membantu golongan yang memerlukan terutama anak yatim, kurang upaya dan mangsa bencana alam. Dengan menggunakan tema ‘ Where the Heart Is’ sebagai tunjang utama, ia cukup melambangkan hasrat penyanyi dan usahawanita ini dan suami untuk membantu golongan ini.

Yayasan NurJiwa juga mensasarkan lebih banyak sumbangan kepada masyarakat amnya agar menjadi sebuah badan kebajikan yang sentiasa aktif. Pada tahun 2014 ini juga, yayasan ini berhasrat menumpukan lebih kerjasama dengan pelbagai organisasi wanita untuk membantu kebajikan kaum wanita yang kurang berkemampuan untuk merealisasikan impian mereka.


Bertepatan dengan konsep yang diketengahkan dan nilai murni bagi konsert ini, Dato’ Siti menyatakan hasrat dan ingin menampilkan RONA PUTIH sebagai taruhan melambangkan kesucian dan ketulusan yang akan diterjemahkan melalui suasana, hiasan dan pentas. Pengurus besar Kuala Lumpur Convention Centre, Datuk Peter Brokenshire amat berbesar hati kerana menjadi lokas pilihan Siti bagi konsert awal 2014 ini. “ Kami mendoakan kejayaan dan yang terbaik untuk beliau pada konsert ini “, katanya.

Tiket-tiket bakal dijual pada 13 Januari 2014 ini dengan sangat terhad dan ianya boleh didapati dengan harga RM88, RM118, RM238, RM388, RM518 dan RM800 iaitu secara online di www.redtix.airasia.com. Selain itu juga, tawaran istimewa dimana dengan pembelian RM150 produk SimplySiti kepada 100 orang yang pertama sebelum 1 Februari di www.simplysiti.com.my akan mendapat tiket secara percuma untuk Konsert Dato’ Siti Nurhaliza LIVE in KLCC.


Selain sidang media yang dilakukan ini juga, SimplySiti turut memperkenalkan produk terbaru mereka, Fragrance Mist Sweet Dreams dan juga majlis perasmian ibu pejabat baru mereka. Tahniah dari pihak DOMINASI LELAKI ucapkan buat Dato’ Siti dan semua yang terlibat kerana sudi menjemput kami di majlis ini.

1 comment:

  1. wow.. bestnye kalau dpt tiket percume... huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...