Thursday 14 August 2014

Maria Sharapova Pegang Sedekad Atlet Wanita Terkaya Dunia

Maria tidak pernah tewas dalam fesyen di luar gelanggang. Kredit : www.vettri.com


Menjadi tumpuan dunia, lensa kamera serta dunia fesyen, tidak hairanlah kelibat pemain tenis terkenal dunia, Maria Sharapova menjadi pilihan jenama terkenal antarabangsa sekaligus menobatkan beliau ATLET WANITA MENERIMA PENDAPATAN PALING TINGGI DUNIA dari Forbes buat kali ke-10 BERTURUT-TURUT antara pertengahan 2013 sehingga 2014.

Pemain tenis Rusia berumur 27 tahun tersebut berjaya memperoleh sekitar $24.4 juta (bersamaan sekitar RM77.6 juta) menerusi pelbagai bentuk tajaan dan hadiah kemenangan beliau dalam sukan tenis. Dari jumlah keseluruhan wang yang dimiliki pada tempoh tersebut, beliau hanya memperoleh sekitar $2.4 juta (bersamaan RM7.6juta) menerusi hadiah kemenangan dan selebihnya (sekitar RM70juta pula menerusi pelbagai sokongan dan tajaan.

sumber AVON. Maria tampil dengan AVON LUCK

Jelitawan dunia ini amat sinonim dan kini menjadi wajah dan duta bagi jenama terkenal dunia seperti NIKE, pembuat jam tangan mewah TAG HEUER dan pembuat kereta terkenal dunia PORSCHE. Selain jenama tersebut juga, Maria juga pernah bersama dengan pelbagai jenama terbesar seperti COLE HAAN, HEAD dan terkini bersama AVON menerusi haruman terbaru dipanggil AVON LUCK.

Selain Maria, bintang tenis ternama lain seperti Li Na, Serena Williams, Ana Ivanovic, Caroline Wozniacki, Agnieszka Radwanska, Victoria Azarenka juga antara pemain tenis tersenarai dalam TOP10 bersama Sharapova serta Kim Yuna, Danica Patrick dan Paula Creamer.

FORBES  sumber

1 comment:

  1. Kekayaan SHARAPOVA tersebut bukan hanya dari Tenis, tapi juga diluar Tenis,,,,,, Jika berbicara dari kekayaan berdasarkan pendapatan dari hadiah tenis maka SHARAPOVA masih kalah jauh dibanding SERENA W....... 1). SERENA WILLIAMS = $56,430,389....... 2). MARIA SHARAPOVA = $30,593,935.... ... 3). VENUS WILLIAMS = $29,981,575 .....................sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/WTA_Tour_records

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...