Monday 30 December 2013

Gisele Bundchen Wajah Baru Pantene




Dilaporkan, supermodel terkaya dunia yang sukar digugat, Gisele Bundchen kini dilantik menjadi wajah baru bagi jenama Pantene. Wanita berusia 33 tahun tersebut berganding bersama Queen Latifah, Zooey Deschanel dan Eva Mendes untuk menjadi wajah popular bagi jenama tersebut.

Gisele merasakan bahawa Pantene membantu rambutnya kelihatan sihat. Beliau juga yakin dan percaya perjanjian menjadi wajah kepada produk sebegini menjana sekurang-kurangnya beberapa juta ke dalam akaun bank model. Tambahan lagi, Gisele juga pernah menandatangani kontrak kecantikan bersama Chanel yang dilaporkan bernilai sekitar RM12 juta. (financialexpress)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...