Friday 6 December 2013

[EKSKLUSIF] Eizaaz Farez ke Pentas Mister Planet 2014 di Filipina




Eizaaz juga pemegang MBA in Corporate Finance dari Universiti Derby, UK dan pernah dinobatkan Mister Asian Malaysia 2012

 Persembahan yang mantap dengan jawapan yang sangat berkualiti diberikan oleh juara dan jejaka yang bakal mewakili Malaysia ke pertandingan Mister Planet 2014 yang diadakan di Manila, Filipina ini adalah satu percaturan yang sangat tepat. Berbekalkan dengan pengalaman yang pernah dikutip tatkala menyertai petandingan ‘beauty pageant’ sekitar 2012 ini, jejaka yang berasal dari Kedah ini menggunakan peluang dan pengalaman sebaik mungkin untuk tonjolkan diri menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik untuk menobatkan beliau sebagai Mister Planet Malaysia 2013. Baru-baru ini pihak DL sempat mewawancara wakil Malaysia iaitu Eizaaz Farez, Mister Planet 2014 untuk mengetahui sedikit sebanyak persediaan beliau menjelang Mister Planet 2014 di Manila, Filipina.
 
3 Juara ( Mister United Nation, Mister Planet, Mister United Nation Tourism )
DL : Apakah perasaan Eizaaz tatkala diumumkan sebagai Mister Planet dan bakal mewakili Malaysia pada tahun hadapan?

EF : “ bila nama saya diumumkan sebagai juara, sudah tentu saya berasa gugup seketika kerana pertama saya berganding dengan pesaing-pesaing yang hebat belaka. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua juri dan pihak penganjur kerana memilih wakil Kedah sebagai juara sulung Mister Planet Malaysia 2014 dan secara tidak langsung gelaran tersebut amat membanggakan saya. Kini saya sedia untuk berkhidmat dan menjadi role model terbaik bagi golongan muda diluar sana.

DL : Bagaimana Eizaaz lihat pesaingan pada pertandingan sulung Mister Planet Malaysia 2014 sebelum anda dijulang sebagai juara?

EF : “ Persaingan sudah tentu teramat sengit. Saya pula masih ‘hijau’ dalam bidang modelong. Saya Cuma bekerja sebagai eksekutif kewangan di sebuah syarikat swasta dan bidang modeling ini saya masih dalam tempoh pembelajaran. Semua finalis adalah yang telah lama dalam bidang peragaan dan ketika nama diumumkan, saya cuma terkedu dan gugup kerana satu tugas yang berat iaitu bakal mewakili dan menggalas nama Malaysia”
 
Eizaaz wakil Kedah pada Mister Planet
DL : Apakah persiapan yang giat dijalankan kini bagi menjelang pertandinga Mister Planet 2014 pada tahun hadapan?

EF : “ Persiapan yang perlu saya buat adalah dari segi menta, fizikal dan IQ. Saya akan memperagakan pakaian malam rekaan pereka fesyen Malaysia dan pada masa yang sama akan mengenakan pakaian kebangsaan bagi slot National Costume. Disamping itu. Slot pakaian renang juga akan diselitkan. Saya kini giat berlatih untuk mempelajari silat Melayu kerana itulah ‘klimak’ dari cetusan Malaysia sebagai memperkenal dan mempromosi Malaysia di mata dunia dalam segmen Talent Round. Seorang jurulatih juga akan dilantik bagi mengajar cara berjalan (catwalk), posture, dieting, gym dan mengawal body language. Penganjur akan memastikan yang saya cukup bersedia sebelum mewakili Malaysia.

Final Question pada pentas akhir Mister Planet Malaysia 2013

Question : “How would yoy define a good role model”?

Eizaaz : “ A role model is someone who are able to create a significant value to the public positively I would say, let say if today is my lucky day, I would like to encourage Malaysian to start conserving energy from home because I believe this simplest initiative can bring a good impact to our country. Lastly a good role model, he should have a sense of devotion, optimism, agility, compassion and the engagement of his heart and soul to the welfare and that makes that person or even myself as a wonderful role model

kredit gambar : Sweetlite Creation

DOMINASI LELAKI : Semoga wakil Malaysia ke Mister Planet 2014 ini berjaya..! tahniah diucapkan selepas dipilih menjuarai bagi Mister Planet Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...