Tuesday 3 December 2013

[EKSKLUSIF] Ali Arami Wakil Malaysia ke Mister United Nation Tourism di Miami



Ali Arami akan mewakili Malaysia di Miami

Selepas James Ng mewakili Malaysia ke pertandingan Mister International 2013 yang diadakan di Indonesia, kini Malaysia bakal menghantar pula beberapa calon yang bakal membawa dan menggalas nama Malaysia menerusi ‘beauty pageant’ bagi lelaki ke 3 buah negara sekitar pertengahan 2014 kelak. Peserta yang mewakili Malaysia akan berentap di Amerika Syarikat (bagi Mister United Nation Tourism), di Jamaika (bagi Mister United Nation) dan di Filipina (bagi Mister Planet).
 
James Ng pernah mewakili Malaysia di Mister International 2013 di Indonesia
DL baru-baru ini sempat mewawancara juara dan wakil Malaysia yang akan berentap di pentas Amerika Syarikat iaitu Miami bagi pertandingan Mister United Nation Tourism iaitu Ali Arami untuk mendapatkan butiran lanjut prihal persediaan beliau ke pertandingan tersebut yang akan berlangsung pada tahun hadapan.

Pertandingan di Miami yang bakal berlangsung pada sekitar Jun atau Julai pada tahun hadapan akan disertai oleh pelbagai negara dan bagi beliau ( Ali Arami ), tatkala dipilih menjadi pilihan  mewakili Malaysia adalah salah satu perkara gembira lebih-lebih lagi ketika namanya diumumkan sebagai calon yang terpilih. Pada MUNT Malaysia baru-baru ini, selain menjadi MUNT, beliau juga telah memenangi Mister Popular yang dipilih oleh undian ramai. Tambah beliau, kini beliau dalam persediaan yang terbaik menjelang pertandingan tersebut dengan menjalani pelbagai latihan seperti catwalk, segi fizikal, persembahan dan banyak lagi supaya ianya lebih kemas dan teratur.

DOMINASI LELAKI : Selamat maju jaya buat Ali Arami untuk Mister United Nation Tourism pada tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...