Monday 9 December 2013

Sentuhan Istimewa Britney Spears dalam 'Britney Jean'




Penyanyi sensasi Amerika Syarikat, Britney Spears telah hadir dengan buah tangan terbaru buat peminatnya yang dikhabarkan lebih istimewa dan rapat dengan peminatnya. Buah tangan yang diberi judul ‘Britney Jean’ ini telah mula dijual pada 3 Disember 2013 di seluruh dunia termasuk di iTunes. Menampilkan 14 buah lagu dengan tambahan bonus bagi deluxe edition, album studio ke-8 milik Britney Spears ini antara karya yang makin diberi perhatian kini bagi pemerhati muzik dunia.
 
Single kedua dalam Britney Jean
Britney mempertaruhkan 14 buah lagu yang dikira sangat menarik dan pelbagai genre dalam Britney Jean. Album ini juga dikatakan dan dilabelkan sebagai ‘Blackout2.0’ iaitu album kesinambungan antara album terbaik beliau yang dihasilkan pada tahun 2007 iaitu Blackout.
 
BLACKOUT antara album terbaik Britney (2007)
Single pertama ‘Work Bi**h’ ini dipertaruhkan beliau pada 17 September 2013 dan menduduki tangga ke-12 US Billaboard HOT 100. Selepas berjaya dengan single tersebut, Britney melancarkan single kedua yang memang mainan beliau dalam muzik pop iaitu ‘Perfume’ yang dikeluarkan pada 4 November 2013. Melalui album Britney Jean ini beliau berduet dengan 3 individu yang mempunyai kelasnya tersendiri iaitu Will.I.Am melalui lagu ‘It Should Be Easy’, ‘Tik Tik Boom’ bersama T.I dan lagu istimewa yang sangat ‘manja’ bersama adiknya, Jamie Lynn Spears ( Chillin’ With You).


Pada hari pertama penjualan Britney Jean, album ini telah menduduki carta #1 di iTunes Amerika Syarikat bagi penjualan album PALING PANTAS iaitu hanya mengambil masa 19 minit sahaja setelah album ini dikeluarkan di pasaran.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...