KREDIT FOTO : JASON OUNG PHOTOGRAPHY |
Mempunyai satu pandangan mata yang
tajam, menarik dan wajah yang tampan, beliau mungkin menjadi salah seorang
peserta pilihan dalam Mister Planet Malaysia 2015-Road To Madrid, Spain yang
mewakili negeri Sarawak. Jejaka yang memiliki nama LEW VOON KHONG, antara wajah
yang pernah menghiasi beberapa majalah ini sedang bersaing dengan giat bersama
15 wakil lain untuk dinobatkan sebagai Mister Planet Malaysia bagi edisi tahun
kedua ini pada 22 Jun 2014 di Auditorium Muzium Negara.
Jejaka tampan yang memiliki ketinggian
180sm ini sering meluangkan masa hujung minggunya dengan aktiviti yang
berkaitan dengan kecergasan dan kesenian. “Biasanya akan berenang dan
menghadiri kelas Yoga. Saya sangat cintakan muzik dan pada hujung minggu akan
saya menghadiri kelas bahasa Perancis dan Itali”, ujarnya.
Tatkala diajukan prihal persediaan
beliau menjelang final minggu hadapan, beliau pantas menjawab, “Sudah tentu
saya juga seperti peserta lain mahu tampil dengan persediaan yang rapi, saya
sering ke gym, membaca lebih banyak mengenai isu alam sekitra, dan membuat
persediaan dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi cabaran
aktiviti-aktiviti Mister Planet”.
Kelebihan yang dimiliki oleh setiap
peserta adalah berbeza dan para peserta semuanya mahu menonjolkan sisi istimewa
mereka pada final kelak untuk menawan hati juri, begitu juga dengan jejaka berumur 28 tahun ini. “Saya sering terlibat
dengan aktiviiti kebudayaan yang diadakan oleh kedutaan dan perbadanan pelbagai
negara seperti Perancis, Sepanyol, Itali, Iran, Korea dan banyak lagi,
sekaligus berpeluang memahami budaya mereka dengan lebih mendalam. Saya yakin
ianya dapat membantu untuk mempersembahkan kebudayaan dan nilai-nilai Malaysia
jika diberi peluang untuk mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa”, jawab
beliau penuh semangat.
DEFINISI MISTER PLANET BAGI MISTER
SARAWAK : “Selain mempunyari rupa paras yang baik dan badan yang tegap, Mister
Planet juga seharusnya berpengetahuan luas tentang isu-isu antarabangsa,
seperti isu hak asasi manusia, isu pemeliharaan alam sekitar. Dia juga
seharusnya seorang yang bersosial dan mempunyai pengetahuan tentang kebudayaan,
kesenian dan bahasa-bahasa lain kerana Mister Planet Malaysia akan mewakili
Malaysia ke peringkat antarabangsa”.
FINAL QUESTION :
Jika anda diberi peluang untuk
memberikan ucapan , apakah yang anda akan highlightkan prihal kepentingan
menjaga alam sekitar dan hutan?
“Hutan merupakan tunjang bumi kita.
Eksploitasi terhadap sumber hutan bukan sahaja menjejaskan keseimbangan
ekosistem dan memusnahkan habitat alam flora fauna, tetapi kadar kehilangan peliputan hutan yang
cepat juga telah mempercepat proses pemanasan global dan ini akan membawa kesan
yang negatif terhadap kehidupan manusia sejagat. Kita haruslah sedar bahawa walaupun
kesan pemanasan global ini tidak dirasau secara mendadak, akan tetapi impaknya
telah dimanifestiasikan di negara-negara berdekatan dengan kutub utara dan
selatan, dan negara kepulauan yang dikelilingi oleh lautan. Maka, kita mesti
berusaha dalam menangani masalah ini dan usaha ini mestilah bergantung kepada
setiap individu yang hidup di dunia ini. Jika saya menjadi Mister Planet
Malaysia 2014, saya akann menggunakan title ini untuk bekerjasama dengan
NGO-NGO di Malaysia untuk meningkatkan kesedaran orang, umum tentang
kepentingan pemuliharaan alam sekitar”.
KREDIT FOTO : JOEY MASTERUNIVERSE PHOTOGRAPHY |
DOMINASI LELAKI : Kami di DL akan
sentiasa menyokong dan memberikan sokongan padu kepada peserta yang bertanding,
semoga mendapat kecemerlangan di pentas akhir kelak. Adakah Mister Sarawak
menjadi pilihan anda untuk Mister Pilihan Dominasi Lelaki? Jangan lupa undi
beliau dengan menekan butang LIKE pada gambar Mister Sarawak di page rasmi kami
di DOMINASI LELAKI
TRIVIA : Jejaka ini juga pernah
memenangi Manhunt International Malaysia Most Promosing Model 2014.
No comments:
Post a Comment