Thursday 26 December 2013

SOO WINCCI Tersenarai TOP100 Wanita Tercantik Dunia




Kecantikannya sangat terserlah, gayanya penuh santai dan sangat menyukai beliau dalam arena masakan, nama Soo Wincci bukan asing lagi kepada yang mengikuti program masakan Malaysia, Masterchef Malaysia All Stars kini. Bekas Miss World Malaysia 2008/2009 ini dilihat sangat lemah lembut dan sudah tentu memiliki rupa paras yang menawan.

Terbaru, Soo Wincci telah tersenarai dalam Indipendent Critics sebagai salah seorang dari 100 Wanita Tercantik Dunia pada tahun 2013. Menyerlah dengan kedudukan ke-91 dari 100 orang, bagi DL sudah cukup terbaik bagi wanita ini yang semakin berkembang kerjayanya di Taiwan. Selain Wincci, beberapa wanita cantik juga tersenarai buat pertama kali seperti Gabriella Wilde dari UK dan Marcela Guirado dari Mexico.


Selain sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan model, penyandang ratu cantik ini juga telah melancarkan album terbaru berbahasa Melayu yang berjudul Su Win Si by Soo Wincci dan sudah berada di pasaran pada 20 Disember 2013.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...