Wednesday 4 June 2014

"Saya Sedia Terima Teguran"-Mister Sabah

KREDIT : LISA
Beliau bukanlah calang-calang peserta yang bertanding, pernah memenangi Pencarian Lelaki LISA 2013 dan Naib Johan bagi Mister Borneo 2011, kini kami akan tampilkan seorang jejaka yang mewakili negeri dibawah bayu, Sabah (Mohd Afizi bin Roslee)  yang menjadi salah seorang peserta dalam Mister Planet Malaysia 2015 yang dijadualkan berlangsung kemuncaknya sekitar 22 Jun 2014 ini. Jejaka mempunyai ketinggian 183cm ini mempunyai impian yang besar selain ingin merangkul kejuaraan pada acara tersebut. Hajat yang diimpikan oleh beliau kini adalah untuk berjaya sebagai penjawat awam, ahli perniagaan, model terkenal dan belajar sehingga peringkat tertinggi.

KREDIT : REMAJA. Beliau juga pernah memenangi Pencarian Jejaka LISA 2013

Ayuh kita selami perjalanan beliau sepanjang pertandingan dan persediaan beliau menjelang final kelak, “Semestinya persediaan utama adalah dari aspek fizikal dan mental. Maksudnya , saya memperlengkap diri dengan membuat latihan dan senaman di gym untuk memantapkan stamina serta bentuk badan menarik yang bersesuaian dengan status model. Dari segi mental pula, saya membuat kajian dan membaca pelbagai rujukan prihal bumi dan alam sekitar bertepatan dengan tema pada kali ini iaitu ‘Rain Forest’. Penting juga bagi saya untuk belajar cara berkomunikasi dengan juri, orang awam mahupun wartawan diluar sana”, katanya.

‘Willing to learn, menerima teguran dan sentiasa memperbaik diri’ itulah prinsip yang dipegang oleh jejaka yang berumur  26 tahun ini. Atas minat yang mendalam dalam bidang peragaan, jujur dan telus serta akan berusaha bersungguh-sungguh, beliau menjadikannya sebagai bukti kelebihan beliau untuk dinobatkan sebagai juara Mister Planet Malaysia 2015 ini. “Saya akan berusaha berganda-ganda lebih daripada orang lain untuk buktikan saya terbaik dalam kalangan terbaik”, ujarnya.
 
KREDIT : Adib SC Photography
DEFINISI MISTER PLANET BAGI MISTER SABAH : “Mister Planet adalah seorang ikon yang cintakan alam sekitar termasuk flora dan fauna. dia merupakan seorang yang bukan sahaja amat menitikberatkan penjagaan alam sekitar bahkan sentiasa mencari inisiatif dan menjada idea-idea kreatif dan bernas bagi mengelak, mencegah serta memastikan alam sekitar terjaga  daripada  terancam dan musnah. Paling penting ialah mampu mempengaruhi orang ramai untuk turut serta dalam penjagaan alam sekitar. Kriteria seorang Mister Planet bukan sahaja perlu memiliki rupa paras, bentuk badan dan ketinggian yang menarik sepertimana layaknya seorang model, malah paling penting adalah corak pemikiran yang tinggi serta latar belakag dan penampilan yang mempunyai aura yang memperlihat diri sebagai salah seorang ikon dan menjadi ikutan serta contoh ramai. Paling utama ialah seorang Mister Planet mestilah merupakan pencinta alam”.

FINAL QUESTION:
Jika anda diberi peluang untuk memberikan ucapan, apakah yang anda akan highlightkan prihal kepentingan menjaga alam sekitar dan hutan?

“Pada masa kini, kita sering melihat botol-botol plastik, kertas-kertas mahupun sampah sarap yang dibuang merata tempat menyebabkan pencemaran yang serius dipersekitaran kita. Berdasarkan kajian serta pemerhatian, terdapat ramai ornag yang diluar sana yang berkebolehan dan memiliki bakal dalam menghasilkan karya seni dan kenapa tidak ianya dihasilkan melalui barang terbuang ini untuk menghasilkan satu arca yang menarik dan kreatif secara langsung boleh dijadikan pameran seni untuk pencinta alam sekitar. Apa yang akan saya tekankan jika saya diberi peluang untuk memberikan ucapan ialah bagaimana bahan-bahan terpakai dan terbuang yang mengakibatkan pencemaran itu digunapakai untuk dimodifikasikan dan menghasilkan suatu karya seni menjadi arca yang menarik dan unik sekaligus dapat dipertonton keunikan, kecantikan serta hasilnya kepada orang ramai bukan sahaja di Malaysia bahkan dimata dunia. Jika diberi kesempatan, ingin saya menjemput beberapa pengkarya seni tanah air untuk memberi ulasan serta berkongsi ilmu mengenai hal tersebut. Dengan adanya inisiatif seperti ini, bukan sahaja kita akan mempunyai alam sekitar yang bersih dan terjaga, bahkan boleh dijadikan tarikan kepada pelancong seantero dunia untuk mengunjungi Malaysia”.

DOMINASI LELAKI : Kami di DL akan sentiasa menyokong dan memberikan sokongan padu kepada peserta yang bertanding, semoga mendapat kecemerlangan di pentas akhir kelak. Adakah Mister Sabah menjadi pilihan anda untuk Mister Pilihan Dominasi Lelaki? Jangan lupa undi beliau dengan menekan butang LIKE pada gambar Mister Sabah di page rasmi kami di DOMINASI LELAKI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...