Tuesday 10 June 2014

"Saya Sangat Fokus"-Mister Selangor

KREDIT : ADIB SC
“I come from a middle-class family with huge amount if dreams with hope of not just making my family proud but also my nation where im not just foreseeing myself winning this title but also hopefully winning the title of Mister Planet 2015”, kata pembuka bicara tatkala mewawancara wakil Selangor, Sukhey Singh baru-baru ini.

Pelajar tahun kedua Jurusan Undang-Undang yang mempunyai ketinggian 175cm ini dalam persediaan menempuhi cabaran yang bakal dihadapi seperti fizikal dan mental. “Saya mahu pastikan berat badan saya sentiasa ideal dan menonjolkan ketinggian dari segi ilusi. Selain itu, pemakanan yang sihat harus dijaga dan saya sering melakukan senama untuk memastikan saya cergas menjelang final kelak”.  Jejaka berumur 19 tahun ini juga berpendapat bahawa ilmu pengetahuan sangatlah penting kerana baginya pertandingan male pageant ini mencari wakil negara yang bukan sahaja mempunyai rupa paras tetapi mempunyai IQ tinggi untuk memberikan impak yang hebat.

Wakil Selangor ini juga berkongsi sering melakukan aktiviti senaman pada hujung minggu selain memilih aktiviti mengangkat berat dan bermain badminton sebagai pilihannya.
“Enthuasiasm dan passion mengangkat saya sampai ke tahap ini"!, ujarnya. Tambah lagi, “Saya merupakan seorang yang sangat fokus dan berdedikasi kepada tanggungjawab yang diberikan dan dengan izin Tuhan akan melakukan yang terbaik. A real Malaysian is not one with the looks of it but is the one who is a Malaysian from within”, tegasnya.




DEFINISI MISTER PLANET BAGI MISTER SELANGOR : “Mister Planet merupakan seorang wakil negara atau dikenali sebagai ambassador yang bukan sahaja mengetengahkan isu-isu alam sekitar yang perlu ditangani oleh semua lapisan masyarakat tetapi juga mempunyi rupa paras yang menarik serta boleh dijadikan ikon fesyen. Kriteria yang perlu ada adalah rupa paras yang menarik, tahap keyakinan yang tinggi, ilmu pengetahuan yang mencukupi serta memahami tanggungjawab yang dipikul. Bagi saya, penting juga seseorang mempunyai Public Relations yang baik kerana ia akan membolehkan kita senang didekati oleh orang ramai”

FINAL QUESTION
Bagaimana anda boleh memulihara alam sekitar?

“Saya akan sasarkan akar mesyarakat iaitu kanak-kanak kerana pada peringkat inilah proses pembelajaran adalah lebih kuat dan ia memudahkan mereka untuk mengadaptasikan amalan ini dalam kehidupan seharian. Tempat-tempat dimana usaha ini boleh dijadikan adalah tadika dan taska. Saya juga akan mengesyorkan sekolah-sekolah rendah mahupun menengah untuk melebihkan praktikal daripada teori apabila melibatkan alam sekitar dengan menanam semula tumbuhan. Ia membolehkan mereka mengetahui faedah-faedah menanam semula yang dapat membawa kebaikan bukan sahaja kepada alam sekitar tetapi juga kepada manusia dan haiwan. Saya mempunyai cadangan untuk membina sebuah safari di setiap negeri yang memudahkan masyarakat mendekati dan mengenali haiwan-haiwan liar dengan harapan mereka akan menyanyi fauna apabila melihat keunikan haiwan tersebut sekaligus mengurangkan penderaan yang dilakukan dari segi fizikal mahupun mental. Dengan usaha ini, ia juga membolehkan industri pelancongan Malaysia mendapat faedah yang banyak dimana Malaysia merupakana salah satu negara di dunia yang masih memelihara dan memulihara khazanah dan biodiversiti Hutan Hujan Tropika yang membekalkan hampir 30%-70% daripada oksigen dunia”.


DOMINASI LELAKI : Kami di DL akan sentiasa menyokong dan memberikan sokongan padu kepada peserta yang bertanding, semoga mendapat kecemerlangan di pentas akhir kelak. Adakah Mister Selangor menjadi pilihan anda untuk Mister Pilihan Dominasi Lelaki? Jangan lupa undi beliau dengan menekan butang LIKE pada gambar Mister Selangor di page rasmi kami di DOMINASI LELAKI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...