Sunday 29 June 2014

Maria Mara, Serena Terkandas di Wimbledon 2014


KREDIT FOTO : zimbio

Pemain Rusia, Maria Sharapova terus beraksi cemerlang pada kejohanan Wimbledon selepas mara ke pusingan keempat dengan menundukkan pemain Amerika Syarikat, Alison Riske 6-3 6-0 dalam masa 68 minit malam tadi waktu Malaysia. Maria yang bermula dengan agak perlahan pada set pertama ketinggalan 0-2 dan mula bangkit untuk menyamakan kedudukan 3-3 dan terus memenangi games seterusnya sehingga kemenangan berpihak kepada beliau dengan 6-3.

Pada set kedua, pemain yang baru memenangi Grand Slam di Terbuka Perancis tidak memberikan ruang kepada pemain Amerika Syarikat apabila mendominasi kesemua games dan menang 6-0 dalam hanya masa 26 minit.

Dalam perlawanan lain, juara bertahan, Serena Williams menerima kejutan terbesar apabila tewas di pusingan ketiga kepada pemain Perancis, Alize Cornet dengan keputusan 1-6 6-3 6-4 dan ini adalah kejutan terbesar sebagai pemain pilihan pertama dan juara bertahan. Pada perlawanan sebelum ini, pilihan kedua, Li Na juga turut diberikan jalan keluar oleh pemain bukan pilihan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...