Friday 20 June 2014

MARIA SHARAPOVA Wajah AVON LUCK



KREDIT FOTO :  DISINI
Masih segar sebagai Juara Tenis Terbuka Perancis beberapa minggu lalu dan menerima hadiah wang tunai sekitar RM7 Juta, kini nama pemain tenis sensasi dunia, Maria Sharapova kembali hangat apabila dinamakan sebagai Wajah bagi haruman terbaru empayar terkenal, Avon bagi keluaran terbaru mereka iaitu AVON LUCK.

Jika dilihat, pemilihan Sharapova, yang juga antara pemain tenis terhebat dunia adalah satu pilihan yang tepat kerana karisma yang dimiliki oleh beliau tidak boleh disangkal lagi.  Selain mempunyai karisma yang tinggi, atlet yang mempunyai ketinggian 188cm ini juga mempunyai kecantikan yang sofistikated, bertenaga sekaligus menjadi pilihan ideal bagi haruman terbaru yang menggambarkan kegembiraan menjadi yang terbaik di dunia.
Berdasarkan beberapa laman sosial dunia termasuk laman rasmi Maria Sharapova juga, haruman yang diberi nama AVON LUCK ini akan dilancarkan di Eropah pada September, Amerika Utara pada Oktober dan diikuti Asia Pasifik pada November.

KREDIT : ZIMBIO


Dengan ini sekaligus lagi nama bintang tenis Rusia ini gemerlapan menjadi pilihan jenama gergasi dunia. Secara tidak langsung juga, atlet wanita paling kaya didunia buat 9 kali berturut-turut ini juga berjaya menjana lagi pendapatan ke dalam akaunnya. Pada 6 bulan pertama tahun ini sahaja Maria memperoleh sekitar RM11 juta hasil kemenangan dalam kejohanan yang dimenanginya.

Pada perkembangan lain, Maria Sharapova baru melengkapkan kejuaraan Grand Slam kelimanya dan kedua di Terbuka Perancis. Beliau pernah memenangi Grand Slam di Wimbledon pada 2004, Terbuka Amerika Syarikat (2006), Terbuka Australia (2008) dan Terbuka Perancis (2012 dan 2014).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...