Tuesday 17 June 2014

Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-56 1435H/2014M


KREDIT GAMBAR : PAGE Majlis Tilawah AlQuran

Alhamdulilllah, syukur kehadrat Illahi, satu majlis yang penuh dengan barakah, Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-56 berlangsung pada tahun ini bermula pada 16-21 Jun 2014 bersamaa 18-23 Sya’ban 1435H.

Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-56 ini bermula jam 8.45 malam dan juga bersiaran di TV1. Pada malam pertama, 2 peserta telah memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran iaitu Qari (Murad Y.M Abugharbia dari Palestin) dan Qariah (Sara El Azouti dari Belgium)

Majlis Menghafaz Al-Quran akan diadakan pada 8.45 pagi pada 17-19 Jun 2014 dan Majlis Tilawah akan berlangsung pada sebelah malam seperti biasa. Setiap malam akan diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran dari 9 orang peserta setiap hari merangkumi Qari dan Qariah yang bertanding.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...