Thursday 26 June 2014

AFIZI ROSLEE Dinobat Jejaka Pilihan DOMINASI LELAKI


KREDIT FOTO : ADIB SC PHOTOGRAPHY

Teka-teki siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara Jejaka/Mister Pilihan Dominasi Lelaki akhirnya terjawab selepas jumlah undian daripada jumlah LIKE pada gambar, VOTE di laman rasmi DL dan pemarkahan yang diberikan oleh juri-juri dalaman kami sendiri yang mempunyai kepakaran dalam bidang male pageant ini. Penjurian dibuat berdasarkan beberapa kriteria yang penting seperti bentuk badan, disiplin, grooming para peserta dan beberapa kriteria lain. Markah tersebut telah ditambah dengan pungutan undian daripada peminat dan pengikut DL serta penyokong peserta pencarian Mister Planet Malaysia 2015. Undian dibuat dalam tempoh sebulan.


Dengan itu, pihak kami ingin mengucapkan jutaan tahniah dan berbesar hati menerima kunjungan tiba, Mister Sabah, Afizi Roslee sebagai Mister/Jejaka Pilihan Dominasi Lelaki 2014 atas undian yang dipungut oleh beliau telah menewaskan 15 calon dan peserta lain. Beliau telah berjaya memungut 595 mata dan sekaligus beliau dipilih menjadi Mister/Jejaka Pilihan Dominasi Lelaki 2014. Sebagai penghargaan, beliau akan muncul dalam beberapa artikel terpilih Dominasi Lelaki selama 6 bulan bermula tempoh Jun 2014 ini. Tahniah diucapkan kepada beliau. Saya sebagai admin disini, mengucapkan jutaan tahniah dan mendoakan kejayaan beliau pada masa akan datang. Ini kami lampirkan TOP3 Mister/Jejaka Pilihan Dominasi Lelaki 2014 ;

Juara Mister/Jejaka Pilihan Dominasi Lelaki : Mohd Afizi Roslee (Mister Sabah) – 595 undi
Tempat Kedua : Adam Zuan (Mister Melaka) – 578 undi
Tempat Ketiga : Afie Firdaus (Mister Johor) – 283 undi

Tempat Kedua : Adam Zuan (Mister Melaka)

Tempat Ketiga : Afie Firdaus (Mister Johor)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...