Monday 16 June 2014

"Penampilan Kemas dan Menarik Sangat Penting"-Mister Pahang


KREDIT SEMUA GAMBAR : ADIB SC PHOTOGRAPHY

Debaran menjelang final pada 22 Jun semakin hampir, kini kita lihat, semua peserta yang menjadi calon dalam Mister Planet Malaysia 2015 boleh dikatakan sedang memeras keringat melakukan sehabis daya untuk menojol pada pentas final tidak lama lagi. Begitu juga dengan calon yang sempat kami wawancara ini, seorang jejaka yang berasal dari Jerantut, Pahang dan mewakili Pahang bagi MPM2015 – Road to Madrid, Spain.

Mendekati jejaka yang bernama, Mohammad Inzar Shah, jejaka berumur 25 tahun ini dalam persediaan secara rapi dari segi fizikal dan mental bagi meyakinkan diri untuk melakukan yang terbaik pada cabaran di pentasn MPM 2015 kelak. “Saya banyak habiskan masa di gym, berenang atau bermain futsal. Selain itu juga, saya melakukan kerja berkebun dan membersihkan alam sekitar”, tambahnya.


Setiap peserta yang bertanding adalah bukan calang-calang pilihan yang dibuat. Semuanya mempunyai aset dan faktor terbaik termasuklah wakil Pahang ini juga. “Penampilan diri yang kemas dan menarik adalah keistimewaan yang ada pada saya. Bagi saya, dengan adanya penampilan diri yang baik, masyarakat dan orang sekeliling akan memandang ke arah kita sekaligus membantu untuk memperlihat diri kita seorang yang menjaga kebersihan diri”, katanya penuh tenang. Tambahan lagi, jejaka yang mempunyai ketinggi 181cm ini juga meminati melakukan aktiviti bergotong-royong jika punyai masa terluang kerana beliau sangat cinta akan alam sekitar.

DEFINISI MISTER PLANET BAGI MISTER PAHANG : “Menjadi Mister Planet, kita perlu ada IQ yang baik, personaliti yang bagus, penampilan yang menarik dan harus mempunyai semangat cintakan ala sekitar dan menjaga kebersihan. Dengan itu, seseorang itu bole menjad role model kepada masyarakat”.


FINAL QUESTION
Bagaimana anda boleh memulihara alam sekitar?

“Cara-cara yang boleh saya ambil untuk memulihara alam sekitar adalah melalui pendedahan mediua massa. Peranan media massa seperti TV, radio, akhbar banyak membantu untuk membentuk cara pemikiran masyarakat tentang kepentingan alam sekitar kepada manusia dan dunia. Cara yang kedua adalah berkempen tentang alam sekitar seperti Cintakan Sungai Kita, gotong royong menjaga pokok-pokok dan membersih alam sekitar boleh dilakukan di setiap daerah ataupun negeri”.


DOMINASI LELAKI : Kami di DL akan sentiasa menyokong dan memberikan sokongan padu kepada peserta yang bertanding, semoga mendapat kecemerlangan di pentas akhir kelak. Adakah Mister Pahang menjadi pilihan anda untuk Mister Pilihan Dominasi Lelaki? Jangan lupa undi beliau dengan menekan butang LIKE pada gambar Mister Pahang di page rasmi kami di DOMINASI LELAKI
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...