Wednesday, 7 May 2014

"Diet & Workout Amat Penting"- Azri Abdullah



Peramah dan berkarisma, itulah bait-bait yang sesuai ditujukan kepada penyanyi keluaran daripada Akademi Fantasia musim ke-9 ini, Azri Abdullah yang kini sedang meningkat naik dan turut mempunyai ‘buah hati’ istimewanya..! setelah mendapatkan beliau dalam sesi temubual secara online baru-baru ini, Azri, jejaka yang kini dilihat mempunyai tubuh badan yang sasa ini berkongsikan bahawa kini beliau tampil dengan syarikat EYECON ENTERTAINMENT yang hanya merangka jadualnya dan kerjaya sebagai penyanyi sepenuh masa. Oh jadi, inilah ‘buah hati’ yang istimewanya itu!

Pada perkembangan lain, DL rasa bukan kami sahaja yang melihat perubahan tubuh badan yang berlaku kepada jejaka ini, akan tetapi seluruh peminat dan pengikut arena muzik juga pasti perasan dengan perubahan tubuh badan beliau yang kini tegap dan diidamkan oleh ramai jejaka dan kaum Adam diluar sana, bukan? “Sekarang Azri mengajar diri Azri sendiri untuk ke arah cara dan gaya hidup yang lebih sihat. So dari segi pemakanan, diet serta workout sangat, sangat, sangatlah penting untuk diamalkan. Dua perkara ini perlulah diberi komitmen 100% untuk mendapatkan hasil yang terbaik”, katanya kepada DOMINASI LELAKI.

Selain aktif dengan membina bentuk badan yang menarik, Azri juga kini aktif dengan single terbarunya, Mahadewi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...