Jejaka yang menghiasi ruang DOMINASI
LELAKI ini adalah antara peserta yang kini dalam perjuangan dalam sebuah
pertandingan yang sedang hangat di Malaysia, Mister Planet Malaysia 2015.
Jejaka bernama Mohd Shazwan bin Mohd Luthfi Ismail ini mewakili Negeri Terengganu
dalam pencarian wakil Malaysia yang bakal berentap di Madrid, Sepanyol pada
tahun 2015.

Ditanya kelebihan beliau untuk
melayakkan dinobatkan sebagai Mister Planet Malaysia 2015, “Kelebihan saya
lebih kepada tahap kecergasan yang tinggi dan
saya selalu kaitkan kesihatan dengan alam semulajadi. ‘Health Come From Nature’ , itulah konsep
yang saya akan tampilkan di Sepanyol jika saya dipilih mewakili Malaysia kelak”,
kata jejaka yang mempunyai ketinggian 175cm ini.
DEFINISI MISTER PLANET BAGI MISTER
TERENGGANU : “Beauty ambassador around
the world and represent the modern man to contribute to the planet.
Kriteria yang diperlukan lebih kepada ilmu pengetahuan tentang alam sekitar,
bentuk fizikal yang menarik dan sihat tubuh badan. Hati dan nilai-nilai murni
yang tinggi perlu ada pada diri disampng sayangkan alam semulajadi”.
FINAL QUESTION :
Jika anda diberi pilihan antara SMART
atau SEKSI, yang manakah pilihan anda?
“Saya akan pilih SEKSI kerana kriteria
itu menunjukkan daya tarikan yang ada pada diri saya. Selain itu, sebagai
seorang personal trainer, gaya seksi
penting untuk menarik minat mereka. Jadi, perwatakan seksi membantu saya
sebagai personal trainer”.
DOMINASI LELAKI : Semoga Mister
Terengganu berjaya menempatkan dalam kalangan terbaik di Mister Planet Malaysia
2015. Adakah Mister Terengganu menjadi pilihan anda untuk Mister Pilihan
Dominasi Lelaki? Jangan lupa untuk mengundi beliau di sidebar sebelah kiri atau
klik LIKE pada gambar Mister Terengganu di page rasmi kami di DOMINASI LELAKI
Thanks
ReplyDelete