Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat
Kebangsaan kali ke-57 dengan rasminya bermula pada hari semalam apabila Perdana
Menteri Malaysia, Datuk Seri najib Tun Razak merasmikan majlis yang diadakan
pada 13 Mei sehingga 17 Mei di Kuantan, Pahang.
Pada kali ini, seramai 28 Qari dan Qariah akan bertanding pada Tilawah Al-Quran 2014 yang
bertemakan “Wasatiyyah Tonggal Kesatuan Ummah”. Bekas johan peringkat
kebangsaan dan antarabangsa dari Malaysia, Faizul Ghazali dan Sharifah Khasif
Fadzillah Syed Badiuzzaman dijemput memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran
malam tadi. Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ini akan disertai juga
Johan Qari dan Johan Qariah 2013 sebagai Johan Menunggu.
Sharifah Khasif, Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang turut memperdengar bacaan suci Al-Quran semalam. |
Pada tahun ini, Johan Qari dan Qariah
akan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, kereta Proton Preve, piala
iringan, hadiah kemenangan serta sijil penghargaan.
No comments:
Post a Comment