Sekian lama tidak hadir dengan buah
tangan terbaru, kira kali terakhir tampil dengan album Euphoria pada 2010, kini
penyanyi seksi Sepanyol, Enrique Iglesias muncul dengan album penuh terbaru, "SEX & LOVE"
yang memasuki pasaran sekitar Mac 2014. Album studio ke-10 oleh jejaka hangat
ini menampilkan kolaborasi dengan beberapa nama hebat dunia seperti Pitbull,
Romeo Santos, Marco Antonio Solis, Kylie Minogue, Jennifer Lopez dan beberapa
nama lain.
Lebih manis lagi, single Sepanyol
melalui album ini iaitu “LOCO” dan “EL PERDEDOR” muncul no.1 di carta Billboard
HOT Latin Songs. Trivia prihal album terbaru ini, “TURN THE NIGHT UP” adalah
single pertama dimana ianya mula dipasarkan sekitar 30 Julai 2013 dan diikuti
oleh “LOCO”, “HEART ATTACK”, "EL PERDEDOR”, “I’M A FREAK” serta “BAILANDO” yang
akan dikeluarkan pada 2 Mei 2014 ini. (Wikipedia SEX & LOVE).
Album “SEX & LOVE" ini berkonsepkan
Latin-Pop dan ElectroPop.
No comments:
Post a Comment