Saturday 24 May 2014

"Mestilah Cantik Luar & Dalam"-Mister Kelantan



Sasa dan memiliki rupa paras yang menarik, tidak dinafikan faktor yang dimiliki oleh wakil negeri di pantai timur, Kelantan ini antara calon panas dalam Mister Planet Malaysia 2015 pada tahun ini. Tuan Mohd Faiz bin Tuan Mohd Nor, jejaka yang juga berkhidmat di Ikhtiar Factoring ini sedang dalam proses menyempurnakan bentuk badan yang menarik menjelang final pada 22 Jun depan. “Penting bagi saya dalam memperbaik sebutan dalam BI dan juga menajamkan ilmu alam sekitar. Saya juga sentiasa meminta nasihat dari mereka yang berpengalaman”, tuturnya pembuka bicara.

Ketika ditanya kelebihan yang dimiliki oleh beliau untuk dinobatkan sebagai Mister Planet Malaysia 2015, Mister Kelantan punyai jawapan yang tersendiri – “My body shape and fitness level adalah kelebihan terbaik saya”. Jejaka yang mempunyai ketinggian 178cm juga sering melakukan aktiviti luar seperti hiking, cycling dan bootcamp disamping menikmati sumber alam negara.



DEFINISI MISTER PLANET BUAT MISTER KELANTAN : Mr Planet is a male beauty pageant to represent modern man and become beauty ambassador be a role model. Selain itu, kriteria terbaik yang diperlukan mestilah beauty with our attitude, brain and knowledge.

FINAL QUESTION :
Apakah definisi SKILL dan TALENT bagi anda?

Talent biasanya kebolehan semulajadi untuk melakukan sesuatu, manakala skill adalah keupayaan belajar untuk melakukan sesuatu

Trivia : Jejaka berusia 24 tahun ini juga adalah seorang feelance trainer.


DOMINASI LELAKI : kami di Dominasi Lelaki sentiasa memberi sokongan yang padu, semoga dapat mencapai apa jua harapan dan impian. Semoga Mister Kelantan berjaya pada pentas akhir nanti. Adakah Mister Kelantan menjadi pilihan anda untuk Mister Pilihan Dominasi Lelaki? Jangan lupa untuk mengundi beliau di sidebar sebelah kiri atau klik LIKE pada gambar Mister Kelantan di page rasmi kami di DOMINASI LELAKI. Kredit gambar peserta dari Utusan.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...