Monday 19 May 2014

"I Have a Good Smile"-Mister Pulau Pinang




Setelah tampil dengan wakil daripada negeri Terengganu dalam keluaran sebelum ini, kini kami tampilkan pula jejaka kacak, Mohd Faizal bin Mohd Diah yang mewakili negeri Pulau Pinang dalam memburu kejuaraan di Mister Planet Malaysia 2015 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Jun ini.

Jejaka yang mempunyai ketinggian 175cm ini dikhabarkan sedang dalam persediaan fizikal dan mental bagi menempuh final kelak. Tambah beliau, kini beliau lebih tertumpu untuk mendapatkan confident level yang stabil bagi memastikan beliau beraksi cemerlang pada acara kemuncak nanti.

Menjadi kebiasaan dan trend terkini, jejaka yang tampil dengan tubuh badan yang menarik sudah tentu mempunyai masa dan disiplin yang tinggi. Begitu juga dengan jejaka yang mempunyai senyuman yang manis ini, beliau juga antara lelaki yang turut ke gym untuk memperkemas tubuh badannya. Bagi beliau, tubuhnya haruslah dalam keadaan yang sihat dan sentiasa cergas.

I have a good smile and cute face, sambutnya tersenyum. Akan tetapi, jika diperhatikan, ya, kami akui, jejaka yang mesra disapa Alex Faizal ini mempunyai senyuman yang menawan. Mungkin itu adalah antara faktor bagi jejaka yang dibesarkan di Setapak, KL ini. Tatkala disoal kelebihan beliau untuk ke Mister Planet, beliau punyai alasan sendiri, “Dengan berbekalkan pengalaman dalam service industry, secara tidak langsung memudahkan saya untuk bergaul dengan semua orang tanpa mengira latar belakang mereka”, sambungnya.

DEFINISI MISTER PLANET BAGI MISTER PULAU PINANG : “Untuk mencari Male Beauty ambassador untuk mewakili Malaysia ke peringkat dunia. Bukan sahaja cantik diluar mahupun didalam tetapi mestilah mempunyai pengetahuan yang luas segala aspek seperti fitness, fashion, alam sekitar serta isu-isu semasa dalam dan luar negara”.

FINAL QUESTION :
Jika anda diberi pilihan antara SMART atau SEKSI, yang manakah pilihan anda?

“Sudah tentu saya memilih SMART kerana sampai ke usia tua Smart Never Fade it”.


Trivia : Jejaka berumur 29 tahun dan masih solo ini mempunyai pengalaman berkerja di F&B dan service selama 10 tahun dan kini berkhidmat di Prudential BSN Takaful sebagai Branch Customer Service.

DOMINASI LELAKI : kami di Dominasi Lelaki sentiasa memberi sokongan yang padu, semoga dapat mencapai apa jua harapan dan impian. Semoga Mister Pulau Pinang berjaya pada pentas akhir nanti. Adakah Mister Pulau Pinang menjadi pilihan anda untuk Mister Pilihan Dominasi Lelaki? Jangan lupa untuk mengundi beliau di sidebar sebelah kiri atau klik LIKE pada gambar Mister Pulau Pinang di page rasmi kami di DOMINASI LELAKI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...