Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat
Kebangsaan ke-57 sudah melabuhkan tirainya semalam yang diadakan di Kuantan,
Pahang yang menyaksikan Qari Terengganu, Ahmad Tirmizi dan Qariah Pahang,
Hanimzah Jalaluddin dinobatkan sebagai johan.
Tengku Mahkota Pahang berkenan
menyampaikan hadiah kepada pemenang. Johan akan mewakili Malaysia pada Tilawah
Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada Jun
ini. Johan membawa pulang wang tunai RM30,000.00, piala iringan, Proton Preve
sumbangan Tabung Haji, sijil penyertaan serta pakej ibadah haji.
Tilawah Al-Quran pada kali ini
menyaksikan penyertaan 14 buah negeri termasuk dua johan menunggu. Tema pada
tahun ini adalah ‘Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah’. Naib Johan dan tempat
ketiga menerima RM20,000 dan RM10,000, piala iringan, cenderamata dan sijil
penyertaan. Senarai penuh pemenang ;
Johan Qari : Ahmad Tirmizi Ali
(Terengganu)
Naib Johan Qari :Amirahman Abas (Negeri
Sembilan)
Ketiga Qari : Fakhrul Razi Wan Mohamad
(Wilayah Persekutuan)
Johan Qariah : Hanimzah Jalaluddin
(Pahang)
Naib Juara Qariah : Nor Faizah Panut
(Selangor)
Ketiga Qariah : Nor Azrah Ayub (Johor)
Johan Keseluruhan : Terengganu
No comments:
Post a Comment