Debaran kian terasa, final Mister
Planet Malaysia 2015 semakin hampir, persoalannya adakah semua peserta sudah
bersedia untuk kemuncak majlis tersebut? Siapakah yang bakal dijulang sebagai
Mister Planet Malaysia 2015 sekaligus menggalas nama Malaysia ke Madrid,
Sepanyol pada tahun depan, wakil Negeri Sembilan ada pandangannya yang
tersendiri.
“Kini saya aktif ke gym untuk
mendapatkan bentuk tubuh yang lebih baik serta menambahkan keyakinan saya
ketika diatas pentas kelak sekaligus akan cuba meyakinkan juri dan juga
penonton yang hadir”, katanya ketika diminta mengulas prihal persediaan beliau
menjelang final bulan Jun ini. Jejaka 27 tahun, Mohd Azlin Shah bin Shahdan ini
juga sering melakukan latihan catwalk
serta membaca pelbagai artikel dan mencari maklumat sebagai langkah persediaan
yang penuh rapi.
“Saya seorang yang jujur mencintai dan
menyukai aktiviti berkaitan alam sekitar dimana pendapat saya, ia amat
diperlukan bagi seorang Mister Planet. Bagi saya, kejujuran tersebut merangkumi
juga untuk memastikan flora, fauna terus terpelihara sebaik mungkin", Katanya.
Jejaka yang mempunyai ketinggian 176 cm ini juga akan cuba tampilkan semua
pengalaman dan pengembaraannya di Malaysia ke mata dunia.
DEFINISI MISTER PLANET BAGI MISTER
NEGERI SEMBILAN : “Beauty pageant antarabangsa tahunan bagi lelaki muda moden
mempromosikan kesedaran alam sekitar. Mendedikasikan setahun mereka untuk
menggalakkan projek tertentu, menangani isu berkaitan alam sekitar dan isu
global yang lain. Mampu berdiri dan berusaha untuk perlindungan adalah antara
kriterianya. Mereka bukan sahaja cantik dan sasa dari segi rupa paras dan
fizikal, tetapi berpengetahuan mengenai alam sekitar”.
FINAL QUESTION
Jika anda diberi pilihan antara SMART
atau SEKSI, yang manakah pilihan anda?
"Saya pilih SMART. Bagi saya, SMART
adalah sesuatu yang bukan boleh dibentuk dalam masa sehari dua, SMART adalah
sesuatu yang dimiliki sejak dari kecil. Berbanding dengan SEKSI yang boleh
dibentuk dan diajar dengan lebih mudah dan cepat. ‘The sexiest thing in the entire world is being really smart. And being
toughful. And being generous’”.
Jejaka yang kini berkerja di MMC
Gamuda ini gemar menghabiskan masa hujung minggunya dengan mendaki bukit atau
gunung selain mencari ketenangan di tepi pantai. “Hari minggu adalah hari untuk
merehatkan minda, jadi saya lebihkan masa melihat keindahan ciptaan Allah dan
merehatkan fizikal dengan menikmati deruan ombak”, katanya akhiri sesi bersama
kami.
DOMINASI LELAKI : Selamat maju jaya
buat Mister Negeri Sembilan, buat yang terbaik di final kelak. Adakah Mister
Negeri Sembilan menjadi pilihan untuk Mister Pilihan Dominasi Lelaki? Jangan
lupa untuk mengundi beliau di sidebar sebelah kiri atau klik LIKE pada gambar
Mister Negeri Sembilan di page rasmi kami di DOMINASI LELAKI
No comments:
Post a Comment