Saturday 3 May 2014

Undian Mister Pilihan Dominasi Lelaki Kini Bermula


Selamat mengundi di side bar yang disediakan disebelah kiri dalam blog DOMINASI LELAKI

Saingan semakin sengit, kini hanya tinggal kurang daripada 2 bulan lagi persiapan wakil setiap negeri dan wilayah menuju ke kemuncak Mister Planet Malaysia 2015 dimana juaranya akan mewakili Malaysia ke Madrid di Sepanyol pada tahun 2015.

Dengan itu, pihak kami, Dominasi Lelaki berbesar hati berkerjasama dengan program ini untuk mencari seorang Mister Pilihan Dominasi Lelaki daripada TOP16 yang dipertandingkan. Pembaca Dominasi Lelaki dan pengikut bagi Mister Planet Malaysia 2015 boleh mengundi calon pilihan mereka dengan cara ;

1.       Mengundi di blog DOMINASI LELAKI ( iaitu di sidebar yang telah disediakan disebelah kiri)
2.      Anda boleh mengundi sebanyak mana pilihan anda
3.      Pemenang dikira dengan nilai undian dan LIKE yang terdapat pada gambar yang di-upload oleh DOMINASI LELAKI di page rasmi DOMINASI LELAKI
4.      Markah juga dikira berdasarkan hotpick daripada pihak DOMINASI LELAKI, ditambah dengan kesemua markah, juaranya akan ditentukan..!
 
Undian juga boleh dilakukan di page rasmi Dominasi Lelaki
Tarikh tutup bagi undian ini adalah 20 Jun 2014, dimana 2 hari sebelum final Mister Planet Malaysia 2015 diadakan. Jadi teruskan mengundi jejaka serta  wakil negeri dan wilayah anda. Juara bagi Mister Pilihan Dominasi Lelaki akan memperoleh cenderahati dan liputan khas perkembangan kerjaya selama 6 bulan di blog DOMINASI LELAKI. Selamat Mengundi..!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...