Saturday 3 May 2014

FARHAN LOKMAN Bersaing di Mister Teen Southest Asia 2014




Setelah tampil dengan Ahmad Haniff dan Amer Ramly pada artikel sebelum ini, kini kami tampilkan pula jejaka yang bakal mewakili nama Malaysia ke Singapura pada satu pertandingan Mister Teen Southest Asia 2014, Farhan Lokman.

Dikhabarkan, beliau kini dalam persediaan menjelang pertandingan yang bakal berada di kemuncak sekitar sebulan sahaja lagi. Farhan, jejaka yang tidak penah putus dengan senyuman dibibir ini menjalani pelbagai aktiviti bagi memastikan beliau kekal cergas, selain  sedang bergiat dalam berlatih catwalk dan body conditioning. “Pemakanan juga harus dijaga, alhamdulillah syukur perubahan boleh dilihat hari demi hari”, katanya.

3 jejaka ini akan mewakili Malaysia ke Singapura
Ketika ditanya prihal perasaan beliau tatkala dipilih menjadi wakil, beliau amat bersyukur  dan pada masa yang sama terkejut dengan berita tersebut. “Saya masih baru dalam bidang ini, akan tetapi saya lihat perkara ini  sebagai perkara yang positif bahawa saya sedang melakukan perkara yang betul. Saya perlu baiki lagi kekurangan dan mengambilnya sebagai satu cabaran. Saya akan berikan yang terbaik pada pertandingan tersebut bersama rakan pasukan yang lain”.

Pertandingan ini akan diadakan pada awal Jun ini di Singapura, semoga wakil Malaysia dapat memberikan yang terbaik. Tahniah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...