Sunday 1 June 2014

"Saya Seorang Yang Berani"-Mister Kuala Lumpur


Mempunyai susuk tubuh yang menarik, berpewatakan juga menarik juga antara faktor yang perlu diambil kira untuk pertandingan Mister Planet Malaysia yang kini semakan kuat debarannya menjelang final bulan Jun ini. Debaran tersebut juga turut dirasai oleh wakil dari Kuala Lumpur ini. Jejaka antara peserta muda dalam MPM 2015 ini, Mohd Nabil Afiq ini dalam proses memperbaik segala kelemahan serta membuat pelbagai research bagi teknik catwalk serta pose yang betul menjelang final tidak lama lagi.

Info yang menarik prihal jejaka muda berumur 20 tahun ini, beliau juga pernah memenangi beberapa pertandingan bina badan yang dianjurkan di Malaysia, antaranya adalah Mr Body Exclusive 2014, Mr KL 2013, Mr Selangor dan kini beliau bergerak aktif sebagai personal trainer di Jatomi Fitness The Weld, KL.

“Saya seorang yang berani, berkeyakinan tinggi dan tidak berputus asa”, katanya tatkala diajukan kriteria dan kelebihan yang dimiliki olehnya untuk dinobatkan sebagai Mister Planet Malaysia 2015. Jika pembaca semua tidak tahu, jejaka yang mempunyai ketinggian 177cm ini juga seorang yang gemar berfesyen dan memilih gaya yang simple sebagai pilihan hati. “Saya memang suka bergurau dan melawak. Saya seorang yang senang memahami, dan yang penting akan sentiasa berjuang sampai berjaya, itu yang paling penting”, tuturnya dengan yakin.
 
kredit : Adib SC Studio Photography
DEFINISI MISTER PLANET BAGI MISTER KUALA LUMPUR : “Bagi saya, seorang yang akan dinobatkan sebagai Mister Planet adalah seorang yang mempunyai personaliti tersendiri, yakin, berani dan berpengetahuan”.

FINAL QUESTION :
Apakah definisi SKILL dan TALENT bagi anda?

“Bagi saya SKILL ini kita perlu banyak belajar dan sentiasa ada sifat ingin tahu. TALENT pula bagi saya adalah bakat dan kelebihan yang dimiliki oleh seseorang”.

DOMINASI LELAKI : Kami di DL akan sentiasa menyokong dan memberikan sokongan padu kepada peserta yang bertanding, semoga mendapat kecemerlangan di pentas akhir kelak. Adakah Mister Kuala Lumpur menjadi pilihan anda untuk Mister Pilihan Dominasi Lelaki? Jangan lupa undi beliau dengan menekan butang LIKE pada gambar Mister Kuala Lumpur di page rasmi kami di DOMINASI LELAKI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...