KREDIT FOTO : DISINI |
Masih segar sebagai Juara Tenis
Terbuka Perancis beberapa minggu lalu dan menerima hadiah wang tunai sekitar
RM7 Juta, kini nama pemain tenis sensasi dunia, Maria Sharapova kembali hangat
apabila dinamakan sebagai Wajah bagi haruman terbaru empayar terkenal, Avon bagi
keluaran terbaru mereka iaitu AVON LUCK.
Jika dilihat, pemilihan Sharapova,
yang juga antara pemain tenis terhebat dunia adalah satu pilihan yang tepat
kerana karisma yang dimiliki oleh beliau tidak boleh disangkal lagi. Selain mempunyai karisma yang tinggi, atlet
yang mempunyai ketinggian 188cm ini juga mempunyai kecantikan yang
sofistikated, bertenaga sekaligus menjadi pilihan ideal bagi haruman terbaru
yang menggambarkan kegembiraan menjadi yang terbaik di dunia.
Berdasarkan beberapa laman sosial dunia
termasuk laman rasmi Maria Sharapova juga, haruman yang diberi nama AVON LUCK
ini akan dilancarkan di Eropah pada September, Amerika Utara pada Oktober dan
diikuti Asia Pasifik pada November.
KREDIT : ZIMBIO |
Dengan ini sekaligus lagi nama bintang
tenis Rusia ini gemerlapan menjadi pilihan jenama gergasi dunia. Secara tidak
langsung juga, atlet wanita paling kaya didunia buat 9 kali berturut-turut ini
juga berjaya menjana lagi pendapatan ke dalam akaunnya. Pada 6 bulan pertama
tahun ini sahaja Maria memperoleh sekitar RM11 juta hasil kemenangan dalam
kejohanan yang dimenanginya.
Pada perkembangan lain, Maria
Sharapova baru melengkapkan kejuaraan Grand Slam kelimanya dan kedua di Terbuka
Perancis. Beliau pernah memenangi Grand Slam di Wimbledon pada 2004, Terbuka
Amerika Syarikat (2006), Terbuka Australia (2008) dan Terbuka Perancis (2012
dan 2014).
No comments:
Post a Comment