Tuesday, 10 June 2014

[PENULIS] Cinta Terkandas


Kredit : DISINI

Cinta terkandas ditengah jalan? Biar hati yang berbicara kebenarannya. Berdiam diri tidak bermaksud kita tewas digelanggang rindu, tapi bagi pendapat pribadi DL sendiri, kita tidak bergelut dengan jiwa, hati dan membenarkan ketenangan merelaikan segalanya. Benar kata orang, RINDU ADALAH TEMAN TERHEBAT DALAM PERHUBUNGAN, AKAN TETAPI RINDU JUGA BOLEH ‘MENGGALI LUBANG’ YANG BESAR KEPADA EMPUNYA BADAN.

Setiap satu daripada kita mungkin merasai perkara yang sama, mahukan merindu dan mahukan dirindu, tetapi adakah pengakhirannya segalanya indah? Berbalik kepada asal, pernahkah anda terfikir kenapa ada hubungan yang direnung indah tetapi ‘tewas’ sebelum ke penghujung? Semuanya ada jawapan yang tersendiri. Jangan cepat melatah dan menghukum si pencinta, fahami hati mereka dan letakkan diri kita di tempat mereka. Kadangkala, bukan mudah untuk kita sendiri terima hakikat bahawa hubungan yang terjalin tanpa barah tiba-tiba punah ditengah jalan tanpa ada badai yang menimpa. Tapi inilah hakikat dan ianya pernah berlaku.

Rajuk? Tawar hati? Jika saling sayang, kenapa bawa diri? Realistiknya, perlulah berjuang hingga ke dakapan terakhir. Inilah lumrah hidup, lumrah dalam percintaan, tidak semestinya tiada dugaan. Dugaan yang akan mematangkan kita semua.

1 comment:

  1. singgah blogwalking kat sini :)

    Video Terbaru PSY vs Snoop Dogg Tiru Havoc Joe Flizzow?
    http://syokbah.com/video-terbaru-psy-vs-snoop-dogg/

    USD 1 juta Habis Tidak Sampai 2 Tahun Oleh Keluarga Ini - Blog 3 Dalam 1
    http://blog3dalam1.blogspot.com/2014/06/usd-1-juta-habis-tidak-sampai-2-tahun.html

    Video Aksi Pelakon Terkenal Jepun Bersama Teman Lelaki Tersebar!!! - Blog 3 Dalam 1
    http://blog3dalam1.blogspot.com/2014/06/video-aksi-pelakon-terkenal-jepun.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...