Friday, 27 June 2014

Siti Nurhaliza & Soo Wincci Tercalon dalam Anugerah K NEWAY 2014


KREDIT : DISINI
Penyanyi NO.1 negara, Siti Nurhaliza dan bekas Miss World Malaysia, Soo Wincci tercalon dalam Anugerah K NEWAY 2014. Anugerah K NEWAY adalam kesinambungan daripada Anugerah Lagu Melayu Paling Popular 2013. Penyanyi dan juga ratu cantik yang kini semakin dikenali di Taiwan tercalon bagi 2 kategori iaitu 10 Lagu Paling Popular serta Artis Baru Terbaik Karaoke menerusi lagu Musim Asmara yang dipertaruhkan dalam album berbahasa Melayunya, Su Win Si manakala Siti tercalon bagi kategori Artis Wanita Terbaik Karaoke menerusi lagu Galau.

Antara wajah-wajah dan selebriti yang turut tersenarai dalam kategori yang dipertandingkan adalah Adira, Jac, Shila Amzah, Fida, Hafiz, Hazama, Forteen, Rossa dan ramai lagi.
 
KREDIT : KOSMO
Ini adalah edisi kedua selepas ianya diadakan pada tahun 2013. Temanya adalah “Muzik Untuk Semua” diangkat bagi memeriahkan lagi industri muzik tanah air. Sejumlah 7 kategori dipertandingkan seperti ;

10 Lagu Paling Popular
5 Lagu Serantau Terbaik Karaoke
Artis Baru Terbaik Karaoke
Artis Lelaki Terbaik Karaoke
Artis Wanita Terbaik Karaoke
Duo/Kumpulan Terbaik Karaoke
Muzik Video Terbaik Karaoke

Majlis akan diadakan di The Garden Theatre, Mid Valley pada 5 September 2014 ini. Undian boleh dilakukan di laman web yang disediakan DISINI.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...