Friday 13 June 2014

"Always Think Outside The Box"-Mister Labuan

KREDIT : MOMENT FRAMER PHOTOGRAPHY

Dengan ketinggian 174cm, mempunyai tubuh badan yang agak sasa dan senyuman yang menarik, tidak hairanlah nama jejaka yang mempunyai sepasang mata yang cantik ini, Benasri antara calon hangat dalam Mister Planet Malaysia 2015 – Road to Madrid, Spain. Jejaka ini juga mewakili Labuan bagi kemuncak Mister Planet Malaysia 2015 yang bakal diadakan pada 22 Jun 2014. Tidak dinafikan, bentuk tubuh yang dimiliki oleh beliau adalah dengan titik peluh dan disiplinnya yang sihat seperti melakukan hiking, bersenam dan berenang untuk mendapatkan tubuh yang diidamkan.

Diminta untuk berkongsikan kepada kami persediaannya menjelang final kelak, dengan rendah hati wakil Labuan ini memberikan jawapan terbaiknya , “Selain melakukan aktiviti dan latihan yang ketat di gym, mengawal diet, saya juga sedang memperbanyak mencari bahan bacaan prihal alam sekitar selain mempersiapkan diri untuk tampil dengan penuh bergaya pada hari tersebut”.
KREDIT : ADIB SC PHOTOGRAPHY
“Looks, Appearance, IQ, Attitue”, jawabnya dengan bertenaga tatkala ditanya prihal kelebihan yang dimiliki oleh beliau untuk dinobatkan sebagai juara Mister Planet Malaysia 2015. Bukan sahaja dengan jawapan semantap dan seringkas itu, jejaka berumur 29 tahun ini juga mentafsirkan setiap inci perkataan tersebut dengan tafsiran yang tersendiri.

DEFINISI MISTER PLANET BAGI MISTER LABUAN :
LOOKS : Bukan sahaja luaran, selain paras rupa, “LOOKS” yang dimaksudkan adalah dari segi kesihatan. Mister Planet perlu mempunyai kesihatan yang terbaik dan bertenaga sepanjang masa

APPEARANCE : Dilihat dari segi penampilan berada di khalayak ramai, confident all the times, penjagaan penampilan yang kemas dari segi fesyen dan yang paling penting, menjadi diri sendiri.

IQ : jejaka Mister Planet perlu memiliki ilmu pengetahuan yang tidak terhad kepada sesuau topik sahaja. Contohnya, saya memiliki kepakaran dalam bidang kejuruteraan tetapi itu tidak menjadi penghalang untuk saya mempelajari atau mengetahui ilmu yang bukan ada dalam lingkungan dunia kejuruteraan. Always Think Outside The Box.

ATTITUDE : Sebagai ambassador yang kecil kepada Malaysia, seorang yang menjadi Mister Planet perlu memiliki sikap yang baik kerana apabila diangkat menjadi ikon kepada generasi baru, mereka yang terpilih ini perlu menunjukkan sikap tauladan yang bak dari kehidupan seharian mahupun dalam semua aktiviti yang dijalankan melibatkan umum.
KREDIT : MOMENT FRAMER PHOTOGRAPHY
FINAL QUESTION
Jika anda diberi peluang untuk memberikan ucapan, apakah yang anda akan highlightkan prihal kepentingan menjaga alam sekitar dan hutan?

“THERE IS NO SECURITY IN THIS WORLD JUST AN OPPORTUNITY- yang saya maksudkan kehidupan di dunia ini memerlukan satu sama lain untuk teruska bergerak ke hadapan, tiada jaminan keselamatan tetapi hanya ada peluang. Jadi, ‘keselamatan’ yang membawa maksud sekiranya alam sekitar dicemari dan hutan mengalami kemusnahan, manusia tidak lagi akan merasa keindahan alam semulajadi kecuali ‘PELUANG’ yang ada untuk mengembalikannya. Menjaga alam sekitar dan hutan adalah amanah kita yang perlu dikekalkan untuk generasi akan datang”.
KREDIT : AKUGRAPHY
DOMINASI LELAKI : Kami di DL akan sentiasa menyokong dan memberikan sokongan padu kepada peserta yang bertanding, semoga mendapat kecemerlangan di pentas akhir kelak. Adakah Mister Labuan menjadi pilihan anda untuk Mister Pilihan Dominasi Lelaki? Jangan lupa undi beliau dengan menekan butang LIKE pada gambar Mister Labuan di page rasmi kami di DOMINASI LELAKI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...