Friday, 13 June 2014

Maria Sharapova Juara Terbuka Perancis 2014

Kredit gambar : ZIMBIO
Tepati ramalan. Kejohanan Tenis Terbuka Perancis menyaksikan bintang tenis dunia, Maria Sharapova kembali merampas trofi yang pernah dimenanginya pada tahun 2012 dengan menewaskan bintang tenis meningkat naik dari Romania, Simona Halep 64 67 64 dalam masa 3 jam 2 minit di gelanggang utama.

Sharapova, bekas pemain no.1 dunia diberi tentangan hebat dan laluan sukar untuk merangkul trofi apabila pihak lawan, Halep memberikan saingan yang diluar jangkaan. Set pertama menyaksikan Sharapova pantas memenangi set dengan 6-4 dalam masa 57 minit dan momentum beralih kepada Halep pada set kedua apabila Sharapova, yang diletakkan sebagai pilihan ke-7 bergelut dengan servis dan sering melakukan double faults sekaligus membawa kemenangan sangat rapat kepada Halep 7-6.

Pada set penentuan, Maria yang tidak pernah tewas bermain 3 set di Roland Garros pada tahun ini membuktikan dirinya mempunyai pengalaman yang terbaik dan besar, beliau bermain dengan penuh terbaik untuk membawa trofi Grand Slam yang kelima dan yang kedua bagi di Roland Garros dengan kemenangan yang dicatatkan 6-4 6-7 6-4 menentang pemain Romania, Simona Halep.


Info selepas menang di Roland Garros 2014:

1.       Ranking naik dari kedudukan ke-8 kepada NO.5 dunia
2.      Sharapova juga memperoleh sekitar  1.5juta europe hadiah kemenangan di Roland Garros
3.      Kini Sharapova di ranking NO.1 Road To Singapore Leaderboard
4.      Nama Sharapova juga naik ke kedudukan NO.2 All Time Prize Money Leader dengan pungutan keseluruhan 30juta (mungkin sekitar RM100 juta)
5.      Sharapova tidak pernah tewas bertemu dengan Simona Halep
6.      Sharapova pemain wanita ke-12 memenangi 5 dan lebih Grand Slam
7.      Grand Slam kelima selepas Wimbledon (2004), Terbuka Amerika (2006), Terbuka Australia (2008) dan Terbuka Perancis (2012 dan 2014)
KREDIT : ZIMBIO
Tahniah diucapkan kepada Maria Sharapova, bukan sahaja memiliki pakej yang terbaik, ratu cantik tenis ini juga atlet wanita paling kaya di dunia, pengikut di laman sosial paling ramai bagi atlet wanita (13juta follower) dan sering menjadi pilihan jenama terkemuka dunia (kini bersama Porsche) dan beberapa jenama mewah yang lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...